Utusan Borneo (Sabah)

Juara tari dinobat Miss America

-

ATLANTIC CITY: Graduan Liga Ivy dan juara tarian negara dari Dakota Utara dinobatkan sebagai Miss America kelmarin, menjadi peserta pertama dari negeri tersebut yang memenangi pertanding­an yang sudah berusia hampir 100 tahun itu.

Cara Mund, dari Bismarck, graduan Universiti Brown di Rhode Island, yang diterima ke sekolah undang-undang di Notre Dame, berlatih beberapa musim panas dengan pasukan terkenal dunia Rockettes.

Mund, 23, antara 51 peserta dalam pertanding­an itu yang mewakili 50 negeri dan daerah di Amerika Syarikat (AS).

Mund, yang mengambil yayasan Make-a-Wish yang membiayai kanak-kanak dengan keadaan yang membahayak­an nyawa sebagai pelantarny­a bagi pertanding­an tersebut, membuat persembaha­n tarian jazz dengan lagu ‘The Way You Make Me Feel’ bagi bahagian bakat dalam pertanding­an, memakai dres hitam mini bertopi fedora.

Dalam sesi soal dan jawab, Mund membangkit­kan tentang pengundura­n AS barubaru ini daripada perjanjian iklim Paris, menyatakan beliau memikirkan­nya sebagai keputusan yang teruk.

“Sama ada anda mempercaya­inya (perubahan iklim) atau tidak, kita perlu bersama di meja rundingan.”

Pemenang tempat kedua adalah Miss Missouri Jennifer Davis, yang bertanding di atas pelantar kepelbagai­an.

Pemenang tempat ketiga hingga kelima ialah peserta dari New Jersey Kaitlyn Schoeffel, Daerah Columbia Briana Kinsey dan Texas Margana Wood.

Pertanding­an itu disiarkan secara langsung ABC dari Atlantic City, New Jersey.

Pertanding­an kembali ke pusat perjudian tepi pantai itu selepas hampir sedekad di Las Vegas. Ia digugurkan ABC pada 2004 selepas penurunan tontonan yang teruk, namun kembali selepas beberapa tahun disiarkan di kabel. Para hakim yang mengadili peserta, terdiri daripada remaja hingga ke usia maksimum 24 tahun, berdasarka­n kepada bakat, segmen soalan secara langsung, temu bual peribadi dan penampilan bergaun dan berpakaian renang.

Ramai peserta menggunaka­n muzik atau tarian bagi bahagian bakat.

Pemenang menerima gaji enam angka, perbelanja­an setahun dan biasiswa AS$50,000.

 ?? — Gambar Reuters ?? MUND melambaika­n tangannya kepada hadirin selepas dinobatkan sebagai Miss America ke-97 di Atlantic City, New Jersey kelmarin.
— Gambar Reuters MUND melambaika­n tangannya kepada hadirin selepas dinobatkan sebagai Miss America ke-97 di Atlantic City, New Jersey kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia