Utusan Borneo (Sabah)

Pengedar dadah cuba bebas melalui perjanjian FARC

-

BOGOTA: Pihak media Colombia melaporkan kelmarin bahawa 25 orang pengedar dadah dikehendak­i oleh pihak berkuasa AS telah cuba untuk melepaskan diri dari pihak mahkamah di bawah satu perjanjian damai dengan pemberonta­k FARC.

Pengedar yang dipercayai itu berada dalam senarai yang diserahkan oleh pasukan tersebut, bagi orang yang dibenarkan untuk mendapat keistimewa­an dari hukuman alternatif khas di bawah perjanjian, lapor akhbar Colombia El Tiempo.

Ia memetik pesuruhjay­a kedamaian kerajaan Rodrigo Rivera sebagai menyatakan bahawa mana-mana anggota FARC didapati telah membantu pengedar dadah terdapat di dalam senarai akan kehilangan keistimewa­an di bawah perjanjian tersebut.

Seorang wakil FARC menolak permintaan untuk memberikan komen.

FARC telah meletakkan senjata mereka pada bulan lepas di bawah perjanjian damai, selepas kempen bersenjata selama separuh abad dibiayai oleh kegiatan penyeludup­an dadah dan peras ugut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia