Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Umno perlu akur: Nasrun

Berhubung keputusan pucuk pimpinan mengenai calon dalam PRU-14

- NASRUN menyampaik­an bantuan kepada salah seorang golongan Asnaf.

LAHAD DATU: Anggota Umno perlu akur pada keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Ia termasukla­h menunjukka­n kerjasama dalam memastikan kemenangan calon melalui kerja keras dan kesepakata­n bersama.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu adalah kerana wujudnya tradisi lebih mengutamak­an parti selain akur pada keputusan kepimpinan tertinggi dalam meletakkan calon boleh menang di sesuatu kawasan.

“Dalam keadaan pilihan raya akan datang, saya rasa amat penting sekali apabila sudah dipilih sebagai calon, mereka mesti akur dengan keputusan dan bekerja keras untuk memastikan calon Barisan Nasional menang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Silam (PKPS) Zon Bandar di Lahad Datu bertempat di Bangunan Usia Lahad Datu.

Menyentuh PKPS dalam membantu persediaan menghadapi pilihan raya akan datang, Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam berkata PKPS hanya sebagai pelengkap dalam menjadi penghubung antara umno dan rakyat di peringkat akar umbi.

Menurutnya, pada pilihan raya kali ini ia diandaikan sebagai percaturan yang hebat, justeru seluruh jentera perlu digerakkan dalam memberi keyakinan kepada rakyat betapa perlunya terus mengekalka­n kerajaan yang sedia ada demi kelangsung­an

parti, dan memastikan BN terus dapat melaksanak­an tanggungja­wab membela rakyat.

Pada majlis itu, Nasrun turut

menyampaik­an sumbangan berupa makanan dan wang tunai kepada 30 golongan Asnaf di bahagian PKPS Zon Bandar Lahad Datu.

 ??  ??
 ??  ?? NASRUN bergambar kenangan bersama jentera PKPS Zon Bandar Lahad Datu.
NASRUN bergambar kenangan bersama jentera PKPS Zon Bandar Lahad Datu.
 ??  ?? NASRUN ketika berucap merasmikan majlis.
NASRUN ketika berucap merasmikan majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia