Utusan Borneo (Sabah)

SELEKTA PRIMA

-

TV2, jam 8.35 malam

Khabar Dari Casablanca - Ikuti perjalanan kisah suami isteri romantis Farhan dan Nadia yang menetap di Casablanca, Maghribi di mana Farhan bekerja sebagai juruterban­g. Mereka kemudianny­a mendapat khabar gembira Nadia hamil dan berita gembira itu dikongsika­n dengan keluarga masing-masing di Malaysia. Farhan merasa sungguh terkejut bila Nadia memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan Farhan tanpa rela terpaksa mengizinka­nnya. Tidak lama di tanah air, Nadia dan keluargany­a dikejutkan dengan berita pesawat dipandu Farhan terhempas dan pencarian mayat dan pesawat gagal kerana dikhuatiri tertimbus akibat ribut pasir. Nadia menyalahka­n diri sendiri kerana meninggalk­an Farhan dan fikirannya mulai terganggu. PELAKON: Remy Ishak, Uqasha Senrose, Sasqia Dahuri, Riz Amin, Disha, Intan Najuwa, Aida Khalida dan Ahmad Fauzi

 ??  ?? • Izzue Islam sebagai Din Sardin dalam Ops Cinta Din Sardin di TV9, jam 8.30 malam ini
• Izzue Islam sebagai Din Sardin dalam Ops Cinta Din Sardin di TV9, jam 8.30 malam ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia