Utusan Borneo (Sabah)

Tokong Wong Tai Sing: Kuala Penyu bakal berubah wajah

Dengan terbinanya Tokong Wong Tai Sing di luar Hong Kong

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Nyuk Ming berkata, daerah ini akan berubah wajah apabila sebuah Tokong Wong Tai Sing bakal dibina di sini.

Jelasnya Kuala Penyu dipilih sebagai lokasi untuk mendirikan tokong itu kerana keunikan masyarakat daerah ini yang sehingga kini masih mengamalka­n budaya masyarakat Cina.

Menurutnya, walaupun pembinaan tokong itu adalah untuk tujuan keagamaan namun ia serba sedikit dapat merancakka­n lagi industri pelanconga­n di negeri Sabah memandangk­an ketika ini ramai pengunjung merupakan pelancong dari China.

“Tokong Wong Tai Sing sememangny­a terkenal di Hong Kong, China dan Tokong Wong Tai Sing yang ada di luar Hong Kong hanya ada tiga buah dan uniknya tokong ketiga itu adalah di Sabah, Malaysia yang bakal dibina tidak lama lagi.

“Kita telah mendapat restu daripada Pengerusi Tokong Wong Tai Sing (Hong Kong) Dr Lee Yin Fai sendiri hari ini untuk mendirikan sebuah tokongdank­itaamatber­terima kasih kepada pihaknya kerana merealisas­ikan hasrat masyarakat Cina di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas mengadakan tinjauan ke tapak tokong di Kuala Penyu pada Isnin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury.

Dalam pada itu, Pang yang juga Adun Merotai ketika ditanya mengenai peruntukan untuk membina tokong itu di sini, berkata ia bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Justeru, beliau berharap orang ramai terutama masyarakat Cina dapat menyalurka­n sumbangan untuk merealisas­ikan pembinaan tokong itu selain bantuan daripada kerajaan negeri.

Dalam perkembang­an lain, Limus yang Ketua Upko Bahagian Beaufort, bagi pihak masyarakat Kuala Penyu, merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak terlibat kerana berusaha merealisas­ikan hasrat itu.

“Kita harus berterima kasih kerana mendapat restu daripada pihak Tokong Wong Tai Sing dari Hong Kong untuk mendirikan sebuah tokong di luar Hong Kong, China seterusnya menjadikan Tokong Wong Tai Sing di Sabah yang ketiga di luar Hong Kong,” katanya.

Beliau yakin dengan adanya Tokong Wong Tai Sing di Kuala Penyu itu nanti, ia sudah pasti dapat menggalakk­an lebih ramai pelancong ke daerah ini selain daripada produk pelanconga­n sedia ada seperti kelip-kelip dan monyet belanda serta keindahan Pulau Tiga.

 ??  ??
 ??  ?? PANG dan Limus merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Tokong Wong Tai Sing dari Hong Kong.
PANG dan Limus merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Tokong Wong Tai Sing dari Hong Kong.
 ?? DR Lee (kiri) melihat tapak pembinaan tokong sambil diperhatik­an oleh Limus dan Pang. ??
DR Lee (kiri) melihat tapak pembinaan tokong sambil diperhatik­an oleh Limus dan Pang.
 ??  ?? PANG (duduk, tengah) berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan.
PANG (duduk, tengah) berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia