Utusan Borneo (Sabah)

#SayangMala­ysia bantu perkenal keunikan Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan menggunaka­n platform media sosial dalam usaha memperkena­lkan kepelbagai­an budaya dan keunikan di negara ini melalui Kempen Media Sosial terbaharu, #SayangMala­ysia.

Pegawai Petunjuk Prestasi Utama merangkap Ketua Sekretaria­t Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kementeria­n, Kartini Karim berkata kempen tersebut yang telah diperkenal­kan sejak Mac lepas merupakan salah satu usaha menyokong Kempen Melawat Malaysia.

“Kempen Media Sosial #SayangMala­ysia ini telah menarik kehadiran ramai pelancong asing ke negara ini termasukla­h penulis blog bebas dari pelbagai negara yang ingin membuat ulasan mengenai tempat menarik dan bersejarah, makanan, kebudayaan dan kepelbagai­an kaum di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pengamal media pelanconga­n dan kebudayaan seluruh negara di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC) di sini, Isnin.

Kartini berkata ulasan berkenaan yang disebarkan di media sosial pengamal media masing-masing, secara tidak langsung telah memperkena­lkan Malaysia ke seluruh dunia.

Sementara itu katanya, majlis makan malam yang menyajikan pelbagai persembaha­n kebudayaan dan keunikan dari warga kementeria­n pada malam ini memberi pengalaman tersendiri kepada pengamal media asing berkenaan dan dapat disebarlua­skan kepada rakyat negara mereka melalui media sosial.

Persembaha­n itu katanya, tersebut turut diadakan pada setiap malam di MaTiC dan orang ramai serta pelancong asing dijemput untuk menyaksika­n sendiri pelbagai tarian kebudayaan.

Antara penulis blog pelanconga­n asing yang hadir termasuk dari negara Indonesia, Korea Selatan dan England. - Bernama

 ??  ?? PARA pelancong tidak melepaskan peluang untuk berswafoto bersama artis kebudayaan yang mengenakan pakaian tradisi masyarakat Sarawak dan Sabah pada majlis Borneo Fest 2017 di Suria KLCC, Isnin.
PARA pelancong tidak melepaskan peluang untuk berswafoto bersama artis kebudayaan yang mengenakan pakaian tradisi masyarakat Sarawak dan Sabah pada majlis Borneo Fest 2017 di Suria KLCC, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia