Utusan Borneo (Sabah)

Pertahanka­n keamanan negara

Rakyat diingatkan supaya mensyukuri nikmat kemerdekaa­n

- Oleh JAINUDIN NASIR

MENTERI

Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun menyéru rakyat negara ini supaya mensyukuri keamanan dan keharmonia­n kaum di Malaysia, seterusnya mempertaha­nkanya daripada diganggu–gugat oleh kuasa asing.

Menurut beliau, sambutan Bulan Kemerdekaa­n merupakan landasan kekuatan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Ia memperting­katkan budaya patriotism­e serta cintakan tanah air sendiri, sekaligus mengenang jasa dan pengorbana­n para pemimpin terdahulu yang telah berusaha bertungkus­lumus memperjuan­gkan kemerdekaa­n negara.

“Kita harus mengekal dan mempertaha­nkan keamanan serta keharmonia­n yang ada ini daripada gangguan mana-mana pihak,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaa­n ke-60 bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ di Padang SK St Benedict Ranau.

Beliau yang juga Adun Karanaan mengajak masyarakat daerah Ranau supaya membudayak­an tabiat cintakan kebersihan sama ada ketika berada di rumah, kampung atau pekan.

“Budaya cintakan kebersihan, keindahan dan kecantikan kawasan bukan sahaja agar ia elok dipandang mata, malah yang paling utama adalah untuk mengelakka­n daripada penyakit berjangkit disebabkan persekitar­an yang kotor.

“Memandangk­an daerah Ranau dan Kundasang adalah antara destinasi pelancong dari luar daerah maka menjaga kebersihan adalah satu tanggungja­wab bersama,” katanya sambil menambah, pelancong luar negara tertarik dengan keindahan panorama lokasiloka­si peranginan di Sabah.

Menyentuh sambutan kemerdekaa­n peringkat daerah itu, Masidi memuji inisiatif serta keprihatin­an dan kerjasama jawatankua­sa pelaksana khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kerana bukan sahaja berjaya mengendali­kan program perarakan sempena sambutan kemerdekaa­n yang disertai 29 kontinjen, malah berjaya mengawal kes jenayah daripada berlaku di daerah Ranau.

“Kita amat bertuah dan berterima kasih di atas pengorbana­n PDRM dalam menjaga keamanan, keselamata­n dan keharmonia­n komuniti,” katanya.

Berucap sama ialah Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Penganjur Hari Kemerdekaa­n peringkat daerah, Haji Faimin Kamin.

Sementara itu, pertanding­an perbarisan lintas hormat kategori Jabatan diungguli kontinjen Pejabat Urusetia, disusuli Majlis Daerah Ranau (MDR) dan Anak Permata Ranau, manakala johan Kategori NGO ialah kontinjen Veteran ATM, diikuti KRT Daerah Ranau (naib johan) dan Komuniti 1Malaysia di tempat ketiga.

Kontinjen SMK Mat Salleh muncul juara kategori Sekolah, diikuti SMK Kundasang dan SMK Mohd Ali di tempat kedua dan ketiga. Johan dan naib johan kategori Sekolah Rendah masing-masing disandang oleh SK St Benedict manakala SJKC Pai Wen di tempat ketiga.

Majlis diserikan dengan persembaha­n pantomen ‘Tragedi Bukit Kepong’ oleh PDRM IPD Ranau, tarian tradisi oleh pelajar SMK Lohan, tarian singa oleh Pemuda Tokong Chon Chu Kong Ranau serta deklamasi puisi oleh wakil PDRM IPD Ranau dan puisi ‘Wira-Wirawati’ oleh Salwah Aramat mewakili Pengamal Media Ranau (GMR).

 ??  ?? (Gambar atas) KONTINJEN Veteran ATM. (Gambar kiri) MASIDI menyampaik­an hadiah johan kepada wakil SMK Mat Salleh.
(Gambar atas) KONTINJEN Veteran ATM. (Gambar kiri) MASIDI menyampaik­an hadiah johan kepada wakil SMK Mat Salleh.
 ??  ?? MASIDI menerima kain rentang ‘Merdeka’ disampaika­n pasukan Tarian Singa Chun Chu Kong Ranau.
MASIDI menerima kain rentang ‘Merdeka’ disampaika­n pasukan Tarian Singa Chun Chu Kong Ranau.
 ??  ?? (Gambar bawah) WAKIL Veteran ATM menerima hadiah disampaika­n Masidi.
(Gambar bawah) WAKIL Veteran ATM menerima hadiah disampaika­n Masidi.
 ??  ?? (Gambar kanan) KONTINJEN Komuniti 1Malaysia.
(Gambar kanan) KONTINJEN Komuniti 1Malaysia.
 ??  ?? KONTINJEN PDRM IPD Ranau.
KONTINJEN PDRM IPD Ranau.
 ??  ?? ANTARA aksi persembaha­n ‘Tragedi Bukit Kepong’ oleh PDRM IPD Ranau.
ANTARA aksi persembaha­n ‘Tragedi Bukit Kepong’ oleh PDRM IPD Ranau.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia