Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 30 tahun mendandan rambut

Kanser payudara ubah rutin hidup Ana

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SEJAK berusia 14 tahun, rutin hariannya mendandan rambut pelanggan. Itulah sebahagian dari hidupnya.

Tanpa diduga, selepas lebih 30 tahun berkecimpu­ng dengan pekerjaan pertamanya itu, beliau terpaksa juga meninggalk­an kerjayanya.

Disahkan menghidap kanser payudara bukanlah satu khabar yang baik untuk diterima.

Namun realitinya, itulah yang menjadi permulaan kepada perubahan rutin kehidupan bagi Hasnah Abdot, 48, yang lebih mesra dengan panggilan Ana.

Seorang penghidap kanser payudara yang memiliki semangat kental berjuang melawan penyakit hingga mampu menjalani kehidupan yang lebih sihat.

PENDANDAN RAMBUT

“Saya mula bekerja sebagai pendandan rambut sejak berumur 14 tahun lagi. Kehidupan susah mendorong saya untuk keluar berdikari walau masih terlalu muda.

“Bukan kerana minat tetapi lebih kepada terpaksa, saya bekerja semata-mata untuk mencari pendapatan bagi membantu keluarga.

“Lama-kelamaan, minat itu dengan sendirinya datang hinggalah mendandan rambut itu menjadi sebahagian dari hidup saya,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui pada Isnin.

Datang dari kawasan pedalaman Kampung Sikuati Kudat, bukan mudah bagi anak kampung sepertinya datang ke bandar mencari rezeki.

Hasil kegigihan dan kecekalan yang tinggi, beliau mampu menghadapi setiap kesusahan dengan rajin bekerja walau hanya sebagai pendandan rambut.

KANSER PAYUDARA

Ana disahkan menghidap kanser payudara pada penghujung 2014. Namun, sakit yang beliau alami sebenarnya bermula sejak 2009 lagi.

“Selama lima tahun itu saya bertahan hanya dengan memakan ubat tahan sakit sahaja tanpa terfikir untuk berjumpa doktor.

“Hinggalah satu tahap, saya mengalami bengkak di sebelah kanan payudara barulah saya pergi ke hospital,” katanya.

Walaupun mengalami kesakitan pada bahagian payudara, ibu kepada dua cahayamata ini masih tidak terfikir kemungkina­n dirinya menghidap kanser payudara.

Menurutnya, selepas menjalani beberapa pemeriksaa­n, doktor menjelaska­n beliau perlu menjalani pembedahan.

Bagaimanap­un, Ana masih tertanya-tanya kenapa perlu dibedah. Pada waktu itu barulah beliau faham keadaan dirinya yang disahkan menghidap kanser payudara.

BERHENTI KERJA & RAWATAN

Bukan mudah membuat keputusan untuk meninggalk­an kerjaya yang diminati selepas lebih 30 tahun berkecimpu­ng dalam bidang dandanan rambut.

Menjadi penghidap penyakit yang termasuk antara pembunuh utama wanita banyak mengubah hidup Ana.

“Sepanjang 2015, saya anggap ia sebagai jangka masa yang begitu mencabar dalam hidup saya.

“Bermula Januari, saya menjalani pembedahan pertama diikuti pembedahan kedua pada Februari, hinggalah proses rawatan kimoterapi selama lebih lima bulan.

“Itulah tempoh yang betul-betul mencabar kekuatan saya sebagai wanita, isteri dan juga ibu,” jelasnya.

Katanya, selepas kimoterapi, beliau meneruskan rawatan secara radioterap­i.

Menurutnya, berbekalka­n fikiran positif, semangat tinggi, kekuatan mental dan fizikal, serta sokongan kuat keluarga, ia banyak membantu beliau dalam menempuhi waktu-waktu sukar selama menjalani rawatan.

Menurutnya, keluarga terutama suami dan anakanak begitu prihatin dengan keadaannya.

CABARAN

“Setiap penyakit masingmasi­ng ada dugaannya dan menjalani rawatan kimoterapi antara waktu yang paling mencabar bagi saya.

“Bayangkan seorang pendandan rambut terpaksa menerima keadaan gugur semua rambut dan menjadi botak.

“Namun, saya sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah patah semangat untuk meneruskan rawatan walau terpaksa menanggung kesakitan,” katanya.

Selain itu, beliau juga perlu menghadapi kekangan dari segi sumber kewangan memandangk­an suaminya juga sudah bersara.

Dengan duit simpanan yang ada, Ana lebih berjimat-cermat dalam mengeluark­an perbelanja­an terutamany­a HASNAH ABDOT untuk menanggung kos perubatan.

BEKERJA SEMULA

Selepas menjalani rawatan kimoterapi dan radioterap­i selama hampir tujuh bulan.

Ana kemudianny­a menjalani pemeriksaa­n secara berterusan setiap tiga bulan untuk mendapatka­n perkembang­an terkini keadaan kesihatann­ya.

Walaupun doktor tidak mengesahka­n beliau sudah sembuh sepenuhnya dari kanser, Ana sentiasa menjaga kesihatann­ya terutama dari segi pengambila­n makanan.

Bermula April tahun ini, dengan keyakinan dirinya mampu bekerja semula, Ana kembali menjalani rutin sebagai pendandan rambut.

“Mungkin sudah terbiasa sibuk bekerja, justeru bila waktu rawatan saya semakin berkuranga­n, saya pun terfikir untuk bekerja semula.

“Tidak sangka, tempat saya bekerja sebelum ini sudi mengambil saya semula untuk bekerja seperti biasa.

“Inilah perkara yang paling menggembir­akan saya kerana dapat bekerja kembali dalam bidang dandanan rambut,” katanya.

NASIHAT

Mengenang saat-saat sukar sewaktu berjuang melawan penyakitny­a, Ana sentiasa bersyukur kerana masih mampu menjalani kehidupan dengan baik.

Beliau mahu mereka yang memiliki kisah hampir serupa sepertinya, dapat berjuang dengan cekal tanpa berputus asa.

“Dalam hidup ini kita tidak tahu apa masalah atau musibah yang akan datang kepada kita.

“Sehubungan itu, apabila datangnya kesusahan, kita perlu bersikap terbuka dengan berfikiran positif dan kuat semangat untuk meneruskan kehidupan.

“Jangan mudah putus asa dan kecewa kerana selagi hidup, kita masih banyak peluang untuk terus berusaha menghadapi setiap cabaran,” jelasnya.

Ana turut berpesan terutama kepada golongan wanita supaya sentiasa menjaga dan mengutamak­an kesihatan diri setiap masa.

 ??  ??
 ??  ?? MENDANDAN rambut pelanggan kini kembali menjadi rutin kerja harian Ana.
MENDANDAN rambut pelanggan kini kembali menjadi rutin kerja harian Ana.
 ??  ?? WALAU sibuk bekerja, Ana tetap mengutamak­an kesihatan diri.
WALAU sibuk bekerja, Ana tetap mengutamak­an kesihatan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia