Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan prasekolah SK Kujang Mawang Tebedu dimanfaatk­an sepenuhnya

-

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Kujang Mawang dalam daerah Tebedu telah mengadakan program lawatan sambil belajar barubaru melibatkan muridmurid prasekolah.

Lawatan tersebut disertai 25 murid prasekolah dan 28 ibu bapa, selain guru dan pembantu pengurusan murid (PPM).

Menurut guru prasekolah SK Kujang Mawang, program lawatan ini merupakan sebahagian aktiviti tahunan mereka.

Lawatan ini katanya, bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap persekitar­an luar, di samping mengeratka­n hubungan antara murid, ibu bapa, guru dan PPM.

Antara lokasi yang dikunjungi adalah Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Kuching, Taman Periuk Kera di Padawan serta Taman Buaya di Siburan.

Pada lawatan ke Pangkalan TUDM, Kuching murid-murid serta ibu bapa dan guru berpeluang untuk melihat dari dekat pesawat yang digunakan TUDM ketika menjalanka­n tugas.

Mereka turut dibenarkan memasuki pesawat TUDM untuk pengalaman berada di dalamnya.

Manakala di Taman Buaya murid-murid serta peserta lawatan yang lain berpeluang untuk menyaksika­n pelbagai spesies buaya dan binatang lain yang terdapat di taman ini.

 ??  ??
 ??  ?? MURID-MURID serta ibu bapa teruja menyertai lawatan sambil belajar prasekolah SK Kujang Mawang, Tebedu ke Pangkalan TUDM di Kuching baru-baru ini.
MURID-MURID serta ibu bapa teruja menyertai lawatan sambil belajar prasekolah SK Kujang Mawang, Tebedu ke Pangkalan TUDM di Kuching baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia