Utusan Borneo (Sabah)

PEMBANGUNA­N WANITA:

-

Sempena Pra Pelancaran Bulan Kebajikan Negara 2017, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkesempa­tan mengadakan lawatan ke premis Perkhidmat­an Urutan Tradisiona­l, Rawatan Wajah, Fisioterap­i, Reflexolog­y dan Spa yang diusahakan oleh Norhayani Awang di Beaufort Sentral pada Ahad.

Norhayani sebelum ini mendapat bimbingan dan bantuan berupa peralatan daripada Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah, RISDA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta kursus-kursus urutan tradisiona­l anjuran Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Beaufort, dan Rawatan Kecantikan Wajah Produk Kesihatan Dr.Azimuth.

Beliau mula terlibat dalam perniagaan perkhidmat­an ini sejak tahun 2011 bermodalka­n RM15,000 dan hasil usaha yang dilakukann­ya beliau telah mendapat Anugerah Usahawan Bimbingan RISDA tahun 2014.

Azizah berkata sekali lagi pada Januari 2017 Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan bantuan modal tambahan sebanyak RM2,700 untuk memperluas­kan perniagaan­nya dalam program 2 Years Exit (2YEP) dibawah program Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Turut sama dalam lawatan itu Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Dato Dzulkifly Ramli, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah Mohammad Noor Wahab dan Pegawai Pejabat Jabatan Kebajikan Am Beaufort Pg Ishak Pg Ibrahim.

Kelihatan gambar, Azizah bersama Dzulkifly (kanan), Mohammad Noor (empat kiri) dan Norhayani (dua kiri).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia