Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Umno perlu akur keputusan pucuk pimpinan

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Rhythms Of Kinabalu (ROK) merupakan antara sektor utama penyumbang kepada tarikan pelancong ke Sabah, khususnya ke daerah Ranau dan Kundasang.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata, peningkata­n jumlah pelancong ke Sabah adalah berasaskan permintaan terhadap perkhidmat­an merangkumi pengangkut­an, penginapan dan makanan selain kelebihan elemen seni budaya serta kehalusan budi dan cara hidup masyarakat setempat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan berharap sumbangan program seni budaya khasnya melalui program jangkauan seni budaya mampu menarik puluhan ribu pelancong dalam dan luar negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Rhythms Of Kinabalu di Tapak Tamu Liwagu Ranau. Teks ucapannya telah disampaika­n oleh Pembantu Menteri Datuk Haji Kamarlin Haji Ombi.

Masidi berkata, statistik Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dan AirAsia menunjukka­n peningkata­n kehadiran pelancong seramai 7.25 juta pada 2016 berbanding 3.7 juta pada 2015.

“Peningkata­n jumlah pelancong itu membuktika­n Sabah menjadi salah satu negeriyang­wajibdikun­jungi dan destinasi pilihan pelancong,” katanya.

Menurut beliau, kementeria­nnya akan terus positif untuk mengenalpa­sti produk baharu di seluruh negeri khususnya kawasan luar bandar

KAMARLIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an masakan tradisiona­l.

dengan pertumbuha­n industri pelanconga­n melalui program Sabah Rural Tourism Roadshow (SRTR).

ROK yang julungkali­nya dilaksana secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bukan hanya memaparkan elemen seni budaya, malah bersifatka­n kemasyarak­atan sesuai disertai pelbagai lapisan masyarakat.

Antara program yang dijalankan ialah Kemas 4U, Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak,

KAMARLIN dan Abd Gaffar (kanan) berbincang mengenai jenis makanan tradisi yang dimasak oleh peserta.

Kayuhan Negara Sehati Sejiwa, Semarak Desa, Kempen BuahBuahan Ulam-Ulaman, Demonstras­i Wira Negara, ROK Mini Fun Cat bersama Powercat, jualan kraftangan dan produk Adabi, sukan rakyat, Tamu Ranau dan pencungkil­an bakat.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Haji Abd Ghaffar A Tambi dan Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAMARLIN (berdiri, enam kiri) dan Ghaffar (berdiri, enam kanan) bergambar ramai nersama para wakil menerima Jalur Gemilang dan sumbangan beras.
KAMARLIN (berdiri, enam kiri) dan Ghaffar (berdiri, enam kanan) bergambar ramai nersama para wakil menerima Jalur Gemilang dan sumbangan beras.
 ??  ?? PELATIH Kemas bergambar bersama Amisah, Roskimulla­h dan Rogayah.
PELATIH Kemas bergambar bersama Amisah, Roskimulla­h dan Rogayah.
 ??  ?? ABD Ghaffar (kiri) menyampaik­an Jalur Gemilang kepada salah seorang wakil komuniti.
ABD Ghaffar (kiri) menyampaik­an Jalur Gemilang kepada salah seorang wakil komuniti.
 ??  ?? PEMENANG cabutan tiket bertuah menerima hadiah disampaika­n Datuk Amisah (kiri) dan Rogaya Abd Mumin.
PEMENANG cabutan tiket bertuah menerima hadiah disampaika­n Datuk Amisah (kiri) dan Rogaya Abd Mumin.
 ??  ?? SALAH seorang penerima sumbangan beras kepada salah seorang wakil penduduk.
SALAH seorang penerima sumbangan beras kepada salah seorang wakil penduduk.
 ??  ?? TARIAN tradisi etnik Dusun Tinagas oleh pelajar SMK Lohan.
TARIAN tradisi etnik Dusun Tinagas oleh pelajar SMK Lohan.
 ??  ?? PALUAN gong oleh kumpulan Pemuzik Veteran Dusun Ranau.
PALUAN gong oleh kumpulan Pemuzik Veteran Dusun Ranau.
 ??  ?? DATUK Amisah dan Datuk Dg Hajah Mahani.
DATUK Amisah dan Datuk Dg Hajah Mahani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia