Utusan Borneo (Sabah)

antara 12 peserta terpilih ke AF Megastar

- Oleh DIANA KASSIM

DUA bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) yang berasal dari Sarawak iaitu Bob dan Amir Jahari merupakan antara 12 peserta yang terpilih pada malam Ahad lepas untuk bersaing di konsert AF Megastar. Turut terpilih adalah Idayu, Syamel, Adira, Indah, Marsha, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal selepas berentap selama dua minggu bersama 12 lagi bekas bintang AF yang lain dalam dua Konsert Homecoming AF Megastar.

Sementara mereka yang gagal mara ialah Rosma, Anding, Adam, Amylea, Nubhan, Aril, Ara, Zahid, Faizal, Mila, Faizul dan Firman.

Senarai peserta akhir diumumkan oleh pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi di penghujung Konsert Homecoming kedua yang disiarkan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135).

Bob, Amir Jahari dan 10 lagi bintang lain yang terpilih itu akan berentap di Konsert AF Megastar yang akan bermula secara rasmi pada 17 September depan dan bakal berlangsun­g selama enam minggu di lokasi yang sama.

Persembaha­n peserta dinilai sepenuhnya oleh juri tetap iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi serta pensyarah muzik, Syafinaz Selamat serta juri jemputan Ziana Zain.

Nasib 12 bintang AF Megastar akan diadili berdasarka­n sistem pemarkahan 60 peratus oleh juri profesiona­l manakala 40 peratus lagi akan ditentukan berdasarka­n undian penonton atau AFUNDI menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara ‘online’ di laman web rasmi www.afmegastar.com.my. Bintang yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirk­an. Talian untuk menghantar­kan undian mula dibuka sejurus tamat ‘Konsert AF Homecoming’ di pusingan yang kedua dengan cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Juara ‘AF Megastar’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian. AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam selain boleh juga ditonton secara langsung di laman http://www. afmegastar.com.my/

 ??  ?? FINALIS AF MEGASTAR: Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal akan berentap dalam konsert AF Megastar bermula hujung minggu ini.
FINALIS AF MEGASTAR: Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal akan berentap dalam konsert AF Megastar bermula hujung minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia