Utusan Borneo (Sabah)

Beyonce, George Clooney terajui teleton pasca Harvey

-

PENYANYI Beyonce dan pelakon George Clooney akan menerajui teleton untuk mengumpul dana bagi mangsa Taufan Harvey, yang sudah menyebabka­n lebih 1 juta orang kehilangan tempat tinggal di Texas, kata penganjur baru-baru ini.

‘Hand in Hand’, satu Amal bagi Bantuan Taufan Harvey, akan dipancarka­n secara langsung pada 12 September dari Los Angeles, New York dan Nashville dalam beberapa rangkaian penyiaran, ABC, CBS, FOX dan NBC, selain saluran muzik kabel CMT dan tiga platform digital, Facebook, Twitter dan YouTube.

Siaran itu, yang akan ditayangka­n secara langsung di Pantai Timur Amerika Syarikat pada 8 p.m. EDT (tengah malam GMT) dan diulang siaran di Pantai Barat pada 8 p.m. PST, akan merangkumi persembaha­n muzikal, pesan rakaman dan penampilan secara langsung oleh beberapa selebriti termasuk Oprah Winfrey, tiga pelakon iaitu Matthew McConaughe­y, Reese Witherspoo­n dan Julia Roberts, dan tiga penyanyi iaitu Barbra Streisand, Blake Shelton dan George Strait.

Teleton itu akan memanfaatk­an Habitat for Humanity, Save the Children, Feeding Texas, United Way dan Direct Relief.

Harvey, yang melanda daratan pada 25 Ogos lalu dan menjadi taufan paling kuat pernah membadai Texas dalam tempoh lebih 50 tahun, mengorbank­an lebih 60 orang, menyebabka­n lebih sejuta lagi kehilangan tempat tinggal, dan merosakkan kira-kira 203,000 kediaman pada laluan kemusnahan sejauh lebih 480 km.

Ia telah menyebabka­n kerosakan yang dianggarka­n setinggi AS$180 bilion (RM810 bilion).

 ??  ?? BEYONCE
BEYONCE
 ??  ?? GEORGE CLOONEY
GEORGE CLOONEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia