Utusan Borneo (Sabah)

Banjir tidak jejaskan UPSR

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

BEAUFORT: Peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di lima sekolah yang terjejas banjir di sini tetap berjalan seperti biasa.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, sekolahsek­olah berkenaan termasukla­h SekolahKeb­angsaan(SK)Bukau, SK Maraba, SK Weston, SK Lingkungan, dan SK Lubok.

Katanya, seramai 90 calon UPSR dari lima sekolah terbabit dapat menjalani peperiksaa­n UPSR seperti biasa.

Menurutnya, laluan di setiap sekolah berkenaan dinaiki air dan bagi kawasan sekolah, hanya SK Bukau dan SK Weston yang dinaiki air.

“Semua pusat dapat menjalanka­n peperiksaa­n dengan bantuan beberapa agensi kerajaan dan swasta termasukla­h Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Borneo Samudera,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 ??  ?? MAIMUNAH
MAIMUNAH
 ??  ?? ANGGOTA APM membantu menghantar calon peperiksaa­n UPSR ke SK Lingkungan.
ANGGOTA APM membantu menghantar calon peperiksaa­n UPSR ke SK Lingkungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia