Utusan Borneo (Sabah)

Jalan terjejas banjir, anggota bomba bantu hantar kertas soalan UPSR ke sekolah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Akibat jalan ditenggela­mi banjir, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar melakukan operasi membantu menghantar kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sumbiling Bongawan, di sini pada Selasa.

Ketua BBP Papar Janil Jaya berkata pihaknya melakukan operasi itu berikutan Jalan Bongawan Estate iaitu jalan utama ke sekolah terbabit tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

“Bagi memastikan murid dapat menjalani peperiksaa­n UPSR seperti biasa, anggota kita membantu menghantar kertas soalan ke SK Sumbiling menggunaka­n kereta pacuan empat roda milik Borneo Samudera.

“Anggota kita turut mengiringi lapan pengawas peperiksaa­n termasuk guru sekolah melalui jalan pintas di ladang sawit ke sekolah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata empat pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan guru sekolah yang tidak dapat melalui jalan berkenaan berikutan digenangi air kirakira empat meter terpaksa menaiki lori Palm Truck bersama beberapa anggota polis dan bomba ke sekolah berkenaan.

Menurutnya operasi dijalankan seramai lapan anggota bomba bersama agensi lain termasuk polis dari Balai Bongawan, Balai Polis Papar, Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dan staf Borneo Samudera.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata dua kampung di Beaufort turut terjejas banjir.

Kampung yang terjejas termasukla­h Lingkungan LautdanLin­gkunganTen­gah. Bagaimanap­un, belum ada pusat pemindahan yang dibuka berikutan keadaan banjir yang masih dalam keadaan terkawal.

“Skuad Delta yang bertugas di lokasi banjir turut menjalanka­n Operasi Payung di Sekolah Kebangsaan (SK) Lingkungan yang membabitka­n penghantar­an seramai 18 murid serta 12 guru,” katanya.

 ??  ?? RUMAH Jamal ranap di Kg Seri Menanti akibat angin ribut. Manakala gambar kecil, jeti awam di Kg Seri Menanti Beluran turut diterbangk­an angin kencang.
RUMAH Jamal ranap di Kg Seri Menanti akibat angin ribut. Manakala gambar kecil, jeti awam di Kg Seri Menanti Beluran turut diterbangk­an angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia