Utusan Borneo (Sabah)

Dadah: Ibu tunggal antara lima ditahan AADK

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Gara-gara syabu, seorang ibu tunggal lupa tanggungja­wab terhadap anak-anak setelah lari dari rumah selepas berkenalan dengan seorang teman lelaki duda yang baharu setahun dikenaliny­a.

Wanita yang berumur 27 tahun dan berasal dari Keningau itu adalah antara lima orang yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ketika Ops Cegah di sebuah rumah kampung di sini pada Isnin.

Pegawai AADK Keningau yang mengetuai operasi itu, Azry Golbin @Azmi memberitah­u pada 11 September agensi itu telah melakukan pemeriksaa­n ke atas dua rumah kampung di sekitar daerah ini dan dalam operasi itu, lima individu termasuk seorang wanita ditahan kerana positif ujian saringan dadah jenis syabu.

“Dalam siasatan terhadap wanita yang mempunyai dua anak perempuan terbabit, dia mengaku terlibat dalam masalah penggunaan dadah selepas berkenalan dengan seorang lelaki duda berumur 36 tahun yang turut ditahan dalam operasi itu.

“Ibu kepada dua orang anak perempuan ini yang berumur masing-masing lapan dan tujuh tahun dan masih bersekolah mengakui lupa akan tanggungja­wab terhadap anak-anak setelah mula menagih dadah bersama teman lelaki yang baharu setahun dikenaliny­a,” katanya.

Azry berkata, wanita yang telah bercerai pada 2012 itu turut menyatakan telah lari dari rumah setelah mula mengenali dadah dan mengakui bahawa perniagaan yang diusahakan­nya sebelum ini hampir terkubur akibat pengaruh dadah yang menyebabka­nnya hilang tumpuan pada perniagaan yang dijalankan olehnya sebelum ini.

Katanya, wanita itu termasuk lelaki duda tidak mempunyai pekerjaan bersama tiga lelaki lain berumur 24 dan 31 tahun yang kesemuanya rakyat tempatan dan berasal dari daerah ini ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983.

 ??  ?? ANGGOTA AADK menahan seorang wanita yang terlibat dengan dadah.
ANGGOTA AADK menahan seorang wanita yang terlibat dengan dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia