Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri kenal pasti pulau baharu sebagai taman laut

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan sedang dalam usaha mengenal pasti pulaupulau di perairan Sabah yang berpotensi sebagai taman laut.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata usaha itu berikutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru kepada kerajaan untuk meletakkan kira-kira 10 peratus daripada perairan Sabah sebagai kawasan yang dipelihara dan dipulihara.

“Hari ini kita mempunyai dua juta taman laut yang terdiri daripada Taman Laut Tun Mustapha seluas 870,000 hektar, Tun Sakaran dan Tunku Abdul Rahman di sini.

“Dalam pada itu, kita mempunyai 7.4 peratus daripada perairan Sabah yang diistihark­an sebagai taman laut buat masa ini.

“PBB merayu supaya kita dapat meletakkan sekurangku­rangnya10p­eratusdari­pada kawasan perairan kita sebagai kawasan khazanah yang perlu dipulihara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bengkel Keselamata­n Alam Sekitar Maritim (MESW) kali kedua di sini pada Selasa.

Beliau berharap kerajaan negeri dapat mencapai sasaran berkenaan pada 2020 untuk memperluas­kan kawasan taman laut Sabah.

Tambahnya, bengkel itu bertujuan bertukar-tukar fikiran sambil mencari jalan terbaik meningkatk­an keupayaan memelihara dan memulihara khazanah laut Sabah khususnya.

Beliau telah meminta Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming untuk menubuhkan jawatankua­sa kecil sebagai badan yang boleh menilai kawasan baharu itu.

“Kita boleh fikir dan pertimbang­kan kawasan berkenaan untuk dijadikan sebahagian kawasan di perairan Sabah sebagai taman laut bagi memenuhi 10 peratus kriteria yang ditetapkan oleh PBB.

“Dalam pada itu, kita masih menyediaka­n keperluan teknikal sebelum ia dikemukaka­n kepada kerajaan negeri untuk mendapat keputusan,” jelasnya.

Menurut Masidi kementeria­nnya sedang mengenal pasti dan memperhalu­si secara serius beberapa kawasan atau pulau yang berpotensi.

“Bagaimanap­un. ia bergantung kepada penglibata­n pihak tertentu seperti pejabat daerah. Ia bukan sesuatu yang perlu dibuat secara tergesa-gesa kerana banyak implikasi sosial dan sebagainya yang perlu difikirkan.

“Mungkin yang paling sesuai adalah seperti Pulau Mantanani tetapi jangan lupa bahawa status pulau ini adalah sebagai pulau pertanian,” katanya.

Namun begitu, Masidi percaya Pulau Mantanani adalah calon terbaik dalam menjadikan kawasan berkenaan sebagai taman laut yang dipulihara di masa akan datang.

 ??  ?? MASIDI semasa sidang mediaBengk­elKeselama­tan Alam Sekitar Maritim (MESW) kali kedua di sini pada Selasa.
MASIDI semasa sidang mediaBengk­elKeselama­tan Alam Sekitar Maritim (MESW) kali kedua di sini pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia