Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu bersatu pelihara nikmat kemerdekaa­n

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi selama ini tidak bermakna sekiranya rakyat tidak bersatu padu dalam membentuk kerajaan yang kukuh.

Ketua Setiusaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, rakyat perlu mencontohi formula negara maju yang sentiasa memastikan kerajaan teguh dan kuat.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia amat memerlukan kerajaan yang kukuh dan rakyat perlu memainkan peranan untuk membentuk asas negara.

Menurutnya, jika generasi kini memahami perjuangan para pejuang kemerdekaa­n terdahulu, pasti mereka tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Sekarang ini ada saja pihak yang sengaja menimbulka­n isu perkauman untuk menjadi hero... senario itu tidak mendatangk­an kebaikan kepada rakyat,” katanya.

“Melalui nikmat kemerdekaa­n, rakyat di negeri ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum.

“Perpaduan adalah satu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. Ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaa­n Malaysia dapat dipertahan­kan sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Kg Ranggu di sini. Beliau mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali.

Nizam yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Tawau berkata, generasi baharu perlu insaf bahawa dalam ledakan era globalisas­i ini, mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran yang membabitka­n penjajahan minda oleh pengaruh asing.

Jelasnya semua generasi baharu perlu melengkapk­an diri dengan semangat patriotism­e yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.

“Sebagai generasi muda yang pintar dan matang, jangan mudah terpengaru­h dengan perkara yang negatif,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an semua pihak supaya mempertaha­n serta mengekalka­n kedaulatan negara dari sebarang bentuk penjajahan baharu.

Katanya, semua pihak berperanan untuk terus memastikan negara kekal merdeka sama ada dari segi

 ??  ?? NIZAM bergambar bersama jawatankua­sa penganjur pada majlis itu.
NIZAM bergambar bersama jawatankua­sa penganjur pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia