Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena dua tahun

Ceroboh masuk sebuah kedai

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 37 tahun dikenakan penjara 24 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas kesalahan menceroboh masuk ke dalam sebuah kedai.

Hamzah Tamin Wong dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh menceroboh masuk ke dalam kedai milik seorang wanita berusia 29 tahun, pada 30 Ogos jam 2.30 pagi di Kampung Warisan, Inanam, di sini.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, namun Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit meminta hukuman setimpal dijatuhkan.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 9 Oktober untuk sebutan semula kes terhadap seorang lelaki yang didakwa menyimpan kereta curi.

Keputusan itu dilakukan terhadap Mohamad Fadly Alli, 28, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 17 Disember 2014 jam 3.30 petang di parkir kereta depan dewan Taman Sri Kepayan, di sini.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan diperintah­kan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Tertuduh menceroboh masuk ke dalam kedai milik seorang wanita berusia 29 tahun, pada 30 Ogos jam 2.30 pagi di Kampung Warisan, Inanam, di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia