Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa rompak berkumpula­n bersenjata

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki antaranya seorang warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas pertuduhan rompak berkumpula­n bersenjata.

Abirusdi Atiah, 25, dan Andiprima Arcules, 27, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azreena Aziz atas kesalahan berkenaan.

Oleh itu, mahkamah menetapkan pada 9 hingga 10 Januari dan 26 Januari tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap keduadua tertuduh.

Mereka didakwa bersama merompak dan merampas wang tunai sebanyak RM116.90 dan 74 kotak rokok, milik sebuah kedai serbaneka.

Kesalahan dilakukan pada 28 Ogos jam 3.40 pagi di kedai 7-Eleven, Manggatal Plaza, di sini.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan boleh dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama, penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim membantah Abirusdi dan Andiprima diberikan ikat jamin.

“Jenayah ini melibatkan kesalahan serius kerana melibatkan penggunaan senjata,” katanya dan menambah, Abirusdi juga didakwa atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Sementara itu, Andiprima memohon agar diberikan ikat jamin sementara menunggu kes berkenaan selesai.

Andiprima diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, manakala Abirusdi diremanmen­gikutSeksy­en259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Dalam pada itu, Husna memaklumka­n kepada mahkamah, pihaknya akan memanggil sembilan saksi untuk memberikan keterangan pada perbicaraa­n nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia