Utusan Borneo (Sabah)

Bunuh anak: Pemandu lori ketahui nasib pada 3 November

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan pada 3 November untuk menyampaik­an keputusann­ya terhadap seorang pemandu lori yang didakwa membunuh anak kandungnya.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan berkenaan terhadapAl­dwinRojasS­az, 39, selepas kes berkenaan berakhir di peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Farazwin Haxday akan mengetahui nasibnya sama ada dipanggil membela diri atas pertuduhan terbabit, atau sebaliknya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh anaknya yang berusia lapan tahun pada 18 Februari tahun lalu kira-kira jam 2 pagi, di sebuah rumah tidak bernombor belakang kilang papan Wangsa, di daerah Nabawan.

Sekiranya didapati bersalahme­ngikutSeks­yen 302 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Sepanjang perbicaraa­n dijalankan, sembilan saksi dipanggil untuk memberikan keterangan terhadap tertuduh. Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun melakukan pendakwaan berkenaan.

Kini tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah kerana ikat jamin tidak dibenarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia