Utusan Borneo (Sabah)

28 rumah rosak di Kg Air, Beluran

Bencana alam angin ribut berulang lagi selepas kejadian 31 Ogos lalu

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Belum sempat membaiki rumah yang rosak akibat bencana angin ribut yang melanda 6.05 minit petang 31 Ogos lalu, kini sebahagian rumah yang sama mengalami kerosakan yang lebih teruk lagi akibat bencana yang berulang.

Itulah nasib yang menimpa sebahagian penduduk di Kampung Air di sini apabila 28 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan akibat bencana alam yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang Isnin.

Ketua Kampung Air Datu Kumit Datu Damri berkata dalam kejadian sebelum ini (31 Ogos), 13 rumah mengalami pelbagai kerosakan termasuk tiga rosak teruk apabila hampir keseluruha­n atap dan dinding rumah diterbangk­an angin kencang.

“Kejadian kali kedua ini nampak lebih teruk, bukan sahaja bilangan keluarga dan rumah rosak bertambah, malah ada kerosakan lebih terukberla­kupadaruma­hsama yang terlibat semasa bencana terdahulu,” katanya.

Menurutnya, rumah milik Rabani Abdul paling teruk terjejas, manakala rumah keluarga Jaidi Ali keseluruha­n atapnya diterbangk­an angin menyebabka­n mereka hilang tempat berteduh.

Bagaimanap­un, beliau bersyukur kerana tiada kecederaan atau kemalangan jiwadilapo­rkanakibat­bencana kali ini yang menyebabka­n lebih 150 penduduk di Kampung Air terjejas.

Sementara itu, Ketua Kampung Seri Menanti Haberin Hassan berkata, lapan rumah turut mengalami pelbagai kerosakan termasuk sebuah rumah ranap ekoran bencana itu di Kampung Seri Menanti, Beluran.

Katanya, mangsa yang rumahnya ranap dalam kejadian itu ialah Jamal Kuli, 40-an, kini terpaksa tinggal menumpang di rumah sanak saudara mereka di Kampung Pelantong.

Seorang anak lelaki keluarga Jamal yang berumur kira-kira 10 tahun mengalami cedera di kepala dan kaki akibat terkena serpihan kaca dalam kejadian itu.

Bagaimanap­un, dia dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Beluran, termasuk menerima jahitan pada luka yang dialami.

Haberin berkata, dalam kejadian itu, sebuah jeti awam di kampung itu turut rosak teruk apabila keseluruha­n atapnya diterbangk­an angin kencang.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk Abdul Rahman Haji Kangkawang melawat mangsa dan meninjau tahap kerosakan yang berlaku di kedua-dua perkampung­an itu akibat bencana alam yang melanda.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah wakil Pegawai Kebajikan Daerah Beluran Joslem Marusin dan juga wakil Pejabat Parlimen Beluran James Langa.

Abdul Rahman berkata, pihaknya berbincang dan menyelaras tindakan bersepadu untuk membantu semua mangsa terlibat.

Katanya, ia termasukla­h memberikan bantuan bahan

“Kejadian kali kedua ini nampak lebih teruk, bukan sahaja bilangan keluarga dan rumah rosak bertambah, malah ada kerosakan lebih teruk berlaku pada rumah sama yang terlibat semasa bencana terdahulu, ” DATU KUMIT DATU DAMRI Ketua Kampung Air

makanan melalui Pejabat Kebajikan Daerah, manakala pihak Pejabat Adun Labuk dan Parlimen Beluran akan berusaha menyalurka­n bantuan bahan binaan untuk membaikpul­ih rumah penduduk yang rosak.

Sambil berharap penduduk (mangsa) bersabar, berwaspada dan pasrah tentang musibah itu, beliau meminta mangsa terbabit segera tampil membuat laporan polis termasukla­h melaporkan bentuk kerosakan rumah.

Katanya, maklumat dan data itu amat penting bagi memudahkan pihaknya untuk menyelaras dan menyalurka­n bantuan yang sewajarnya bagi meringanka­n beban mangsa terlibat.

Dalam perkembang­an berkaitan, pihak SESB kini dalam proses penggantia­n dan pemasangan tiang elektrik yang baru ekoran beberapa tiang turut mengalami kerosakan sama ada condong atau tumbang akibat bencana itu yang berlaku pada 31 Ogos dan 11 September lalu.

 ??  ?? SELAIN atap rumah, dinding dan siling rumah turut mengalami kerosakan akibat bencana itu.
SELAIN atap rumah, dinding dan siling rumah turut mengalami kerosakan akibat bencana itu.
 ??  ?? ABDUL Rahman (tengah) bersama KK Haberin meninjau rumah rosak di Kg Seri Menanti.
ABDUL Rahman (tengah) bersama KK Haberin meninjau rumah rosak di Kg Seri Menanti.
 ??  ?? ABDUL Rahman (tengah) dan James meninjau rumah rosak akibat bencana angin ribut di Kg Air.
ABDUL Rahman (tengah) dan James meninjau rumah rosak akibat bencana angin ribut di Kg Air.
 ??  ?? ANTARA kemusnahan atap rumah akibat bencana alam itu.
ANTARA kemusnahan atap rumah akibat bencana alam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia