Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki rentung, kereta terbakar

Mayat belum dikenal pasti dan dihantar ke HQE1 untuk bedah siasat

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Seorang lelaki ditemukan rentung di dalam kereta Proton Saga FLX yang terbakar di Jalan Donggongon, berhampira­n sebuah restoran awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Rosley Hobden berkata pihaknya bagaimanap­un belum mengenalpa­sti identiti mangsa yang dipercayai lelaki dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi.

Katanya sebaik polis tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa yang berwarna coklat sedang terbakar.

“Selepas api berjaya dipadamkan, hasil pemeriksaa­n lanjut di dalam kereta mendapati seorang mangsa yang dipercayai lelaki rentung sebanyak 80 peratus di tempat duduk pemandu,” katanya.

Beliau berkata hasil soal siasat terhadap saksi di lokasi kejadian mendapati percikan api bermula jam 4.40 pagi sebelum saksi menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memadamkan kebakaran.

“Setakat ini, mayat yang dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk dibedah siasat masih belum dikenalpas­ti. Bagaimanap­un, ahli keluarga mangsa sudah tampil di Balai Polis Penampang untuk tindakan selanjutny­a.

“Kereta mangsa juga dibawa ke Balai Polis Penampang untuk siasatan selanjutny­a,” katanya sambuil menambah, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat

“Selepas api berjaya dipadamkan, hasil pemeriksaa­n lanjut di dalam kereta mendapati seorang mangsa yang dipercayai lelaki rentung sebanyak 80 peratus di tempat duduk pemandu ” DEPUTI SUPERINTEN­DAN ROSLEY HOBDEN Ketua Polis Daerah Penampang

(BBP) Penampang Akramin Sakirun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.43 pagi dan menggegask­an sembilan anggota ke lokasi.

“Anggotayan­gtibapadaj­am 4.51 pagi segera melakukan operasi pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba, dan api berjaya dipadam kira-kira 15 minit.

“Kereta mangsa terjejas sebanyak 80 peratus dan seorang mangsa rentung dipercayai pemandu kereta kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya sambil menambah, operasi tamat jam 5.35 pagi.

 ??  ?? MANGSA yang ditemukan rentung di tempat duduk pemandu.
MANGSA yang ditemukan rentung di tempat duduk pemandu.
 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang terbakar sebanyak 80 peratus di Jalan Donggongon berhampira­n sebuah restoran awal pagi Selasa.
KEADAAN kereta mangsa yang terbakar sebanyak 80 peratus di Jalan Donggongon berhampira­n sebuah restoran awal pagi Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia