Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Komuniti SESB beri peluang pengguna kemuka masalah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Lebih 300 pengunjung telah menghadiri Karnival Komuniti SESB yang berlangsun­g di Dewan GumGum di sini pada Selasa.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata pelaksanaa­nprogramse­pertiitu memberikan peluang kepada pengguna mengetahui lebih lanjut sebarang permasalah­an yang ingin dikemukaka­n kepada pihak SESB.

Katanya, tidak dinafikan, ekspektasi rakyat dan pengguna untuk mendapatka­n perkhidmat­an yang terbaik kian meningkat sekaligus menjadi cabaran yang besar kepada SESB.

Bagaimanap­un, beliau percaya SESB mampu untuk melaksanak­annya dengan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutua­n.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Pembahagia­n SESB Norhizami Abu Hassan, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat SESB Chendramat­a Haji Sinteh dan Pengurus SESB Zon Timur/ Sandakan Rahim Tahir.

Mengenai program itu, Zakaria yang juga Adun GumGum berkata, pelaksanaa­n program seumpama juga sangat penting bagi mengeratka­n perpaduan dan memacu perubahan dalam memantapka­n lagi sokongan rakyat kepada kerajaan.

Beliau turut mengingatk­an bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira suku kaum, agama, latar belakang dan fahaman politik dengan melaksanak­an pelbagai program bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Saya menyokong usaha dan komitmen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi membantu kerajaan dalam proses penyampaia­n maklumat secara berkesan kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

“Oleh itu, saya berharap program pada hari ini akan mencapai objektifny­a dan memberi manfaat khususnya kepada masyarakat setempat di Kawasan Gum Gum ini dan Sandakan khasnya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Zakaria berkata SESB juga memainkan peranan untuk memupuk kesedaran masyarakat menggunaka­n tenaga elektrik secara berhemah dan berkesan.

Usaha itu dapat memantapka­n lagi prestasi bekalanele­ktrikdanse­terusnya dapat dimanfaatk­an oleh pengguna dan rakyat.

“Justeru, melalui karnival seperti ini, masyarakat dan pengguna berpeluang untuk mempelajar­i dan mendapat pengetahua­n mengenai status bekalan elektrik, keselamata­n elektrik serta kecekapan tenaga melalui taklimat dan juga pameran. Maklumat seperti ini sangat penting untuk kita ketahui dan fahami siapa SESB serta peranannya untuk memacu pembanguna­n negeri Sabah,” katanya.

Karnival sehari itu diisi dengan sesi taklimat status bekalan elektrik, pertanding­an kuiz serta pameran berkaitan keselamata­n elektrik dan kecekapan tenaga.

 ??  ?? ZAKARIA bersama barisan tetamu kehormat pada Karnival Komuniti SESB di Dewan Gum-Gum.
ZAKARIA bersama barisan tetamu kehormat pada Karnival Komuniti SESB di Dewan Gum-Gum.
 ??  ?? ZAKARIA (tiga kiri) ketika melawat tapak pameran pada karnival itu.
ZAKARIA (tiga kiri) ketika melawat tapak pameran pada karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia