Utusan Borneo (Sabah)

KDN peneraju keselamata­n dalam negeri

-

TUARAN: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) komited menterjema­h visinya sebagai peneraju keselamata­n dalam negeri termasukla­h berkaitan hal ehwal kepenjaraa­n dengan melakukan penambahba­kan berterusan.

Ia mencakupi aspek pemulihan dan rawatan di institusi penjara serta pelaksanaa­n program kemahiran dan pendidikan kepada penghuni agar mereka lebih bersedia menjalani kehidupan selepas dibebaskan.

TimbalanKe­tuaSetiaus­aha (Keselamata­n) KDN Dato’ Sri Mustafa Hj Ibrahim berkata, usaha itu perlu kerjasama masyarakat berikutan tahap penerimaan terhadap golongan berkenaan masih rendah.

“Statistik menunjukka­n sehingga Ogos tahun ini, terdapat seramai 17,366 orang diparol di negara ini termasuk 1,768 di Sabah dengan pelbagai kesalahan terutamany­a dadah serta kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Program Naziran, Sesi Dialog dan Hebahan Parol di Dewan Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent di sini.

Berucap merasmikan progamitu,MenteriKer­ajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yakin program berkenaan dapat memperbetu­l persepsi masyarakat terhadap penghuni penjara sekali gus membolehka­n mereka menjalani kehidupan lebih baik dengan sokongan moral dan kerjasama masyarakat.

Beliau berkata, golongan berkenaan perlu diberi peluang untuk membuktika­n mereka telah insaf daripada melakukan jenayah hasil daripada program itu yang diadakan buat julung kalinya di Sabah dengan kerjasama Kementeria­n Dalam Negeri dan Pejabat Daerah Tuaran sebagai ruang perkongsia­n mengenai kesedaran pencegahan jenayah dan mesej dari penjara.

Turut hadir ialah Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan Penolong Pegawai Daerah Tuaran Abdullah Sani Hj Daud.

 ??  ?? HAJIJI menerima cenderamat­a daripada Mustafa diperhatik­an oleh (dari kanan) Joniston dan Abdullah Sani.
HAJIJI menerima cenderamat­a daripada Mustafa diperhatik­an oleh (dari kanan) Joniston dan Abdullah Sani.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia