Utusan Borneo (Sabah)

Konvoi Singgah Merdeka Esscom Peringkat Lahad Datu

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Konvoi Singgah Merdeka Esscom bertujuan berkongsi rasa perjuangan dan kemerdekaa­n yang dikecapi antara anggota keselamata­ndanbeliak­hususnya pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata, pendekatan itu penting bagi membolehka­n generasi muda merasai serta meraikan rasa kemerdekaa­n secara bersama pasukan keselamata­n yang pernah susah dan merasai perjuangan kemerdekaa­n sebelum ini.

“Selaku pewaris negara, generasi muda seharusnya lebih menghargai, menghayati erti kemerdekaa­n selain melaksanak­an apa juga yang terbaik demi bangsa dan negara yang dicintai menerusi kemerdekaa­n yang kita kecapi hasil pengorbana­n orang terdahulu.

“Kita sedia maklum bahawa ada dalam kalangan anak muda masa kini mudah lupa mereka adalah pemimpin generasi masa hadapan yang akan terus menerajui negara ini.

“Justeru, kita ingin terapkan kefahaman bahawa semangat kemerdekaa­n ini adalah hak milik kita semua dan kita mahu kemerdekaa­n ini terus diwarisi dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program Singgah Merdeka Esscom 2017 Peringkat Lahad Datu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segama, di sini pada Selasa.

Terdahulu, Noor Alam dalam ucapannya menasihati golongan belia agar berusaha menjadi lebih berkualiti untuk negara.

“Mereka haruslah mempunyai personalit­i yang berkualiti, berintegri­ti dan tidak bersikap sambil lewa di samping menjadikan diri sebagai seorang pelajar yang terbaik bukan sahaja untuk daerah dan negeri malah kepada negara suatu hari kelak.

“Sehubungan itu, kita meminta agar masyasakat khususnya di peringkat sekolah mahupun daerah agar terus mengekalka­n kejayaan kemerdekaa­n ini selamanya,” katanya.

Sementara itu, seramai 40 pegawai Esscom telah menyertai konvoi dengan menaiki 25 kenderaan termasuk dua kenderaan perisai yang melalui jalan bandar, seterusnya melawati tujuh sekolah iaitu SMK Agaseh, SM St Dominic, SM Cina Lahad Datu, SMK Terusan, SMK Sepagaya, SM Sains Lahad Datu dan berakhir di SMK Segama Lahad Datu.

 ??  ?? KETIBAAN konvoi disambut meriah oleh para pelajar dan guru.
KETIBAAN konvoi disambut meriah oleh para pelajar dan guru.
 ??  ?? NOOR Alam menyampaik­an cenderahat­i kepada penolong kanan pentadbira­n SMK Segama sebagai simbolik penutupan konvoi.
NOOR Alam menyampaik­an cenderahat­i kepada penolong kanan pentadbira­n SMK Segama sebagai simbolik penutupan konvoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia