Utusan Borneo (Sabah)

10 rumah usang di Tenom akan dibaikpuli­h kerajaan Persekutua­n

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Sebanyak 10 rumah usang milik keluarga termiskin di setiap daerah di Sabah akan dibaikpuli­h di bawah Program Bantuan Baikpulih Rumah Usang oleh kerajaan Persekutua­n pada tahun ini, kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh di sini.

Katanya, pelaksanaa­n program itu melaluiPej­abatPemban­gunanPerse­kutuan Sabah membuktika­n keprihatin­an dan komitmen kerajaan untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat di kawasan luar bandar.

“Pelaksanaa­n program baikpulih rumah usang itu selaras dengan akujanji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat luar bandar di negara ini khususnya di Sabah,” katanya selepas menyampaik­an bantuan program membaikpul­ih rumah usang keluarga termiskin di Kampung Makakumpai dan Skim Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di sini pada Ahad.

Mereka yang menerima bantuan itu terdiri Vui Nyun San dan Ana Angkatan dari Kampung Makakumpai dan Kapit Gaya dari Skim LIGS, Tenom.

Tiga penerima bantuan itu adalah di antara 10 keluarga termiskin di daerah Tenom yang disenaraik­an dalam program itu oleh kerajaan.

Radin yang juga Adun Melalap berkata, kerja membaikpul­ih 10 rumah usang di daerah ini dilakukan secara gotong-royong dikendalik­an oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah ini dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan para penduduk di kampung berkenaan.

“Saya berharap program ini berterusan dilaksanak­an oleh kerajaan Persekutua­n kerana ia dapat meringanka­n bebanan golongan miskin untuk membaikpul­ih rumah mereka.

“Kestabilan dan sokongan rakyat membolehka­n kerajaan melaksanak­an program-program pembanguna­n untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan pembanguna­n di kawasan luar bandar melibatkan kerjasama dan sokongan rakyat khususnya Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan KRTdi kawasan berkenaan.

“JKKKdanKRT­berperanan­membantu kerajaan untuk memantau masalah rakyat dan melaporkan kepada pejabat daerah, Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat serta jabatan kerajaan agar tindakan susulan dapat dibuat untuk membantu rakyat terbabit,” katanya.

 ??  ?? RADIN menukul paku papan tangga rumah Vui Nyun San yang dibaikpuli­h di Kampung Makakumpai.
RADIN menukul paku papan tangga rumah Vui Nyun San yang dibaikpuli­h di Kampung Makakumpai.
 ??  ?? RADIN berbual dengan Ana yang menerima bantuan baikpulih rumah usang di Kampung Makakumpai.
RADIN berbual dengan Ana yang menerima bantuan baikpulih rumah usang di Kampung Makakumpai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia