Utusan Borneo (Sabah)

Lima cedera kemalangan dua kenderaan

Dua mangsa dalam kereta Alza, manakala tiga dalam lori Nissan Diesel

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Lima individu mengalami kecederaan pelbagai dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Jalan PaparKota Kinabalu berhampira­n Kampung Pengalat Besar di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Janil Jaya berkata kejadian jam 12.56 tengahari itu membabitka­n kereta jenis Perodua Alza dan lori Nissan Diesel enam tan.

“Impak kemalangan menyebabka­n dua mangsa wanita dalam kereta Produa Alza termasuk pemandu dan penumpang mengalami kecederaan ringan.

“Tiga individu termasuk dua penumpang di dalam lori turut mengalami kecederaan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk menerimara­watanselan­jutnya selepas diperiksa oleh anggota EMRS,” katanya.

Menurutnya­anggotabom­ba yang tiba di lokasi kejadian kemudianny­a membersihk­an sisa kemalangan di jalan raya untuk memastikan lalu lintas berjalan seperti biasa.

Katanya operasi yang disertai lapan anggota BBP Papar dan dua jentera itu ditamatkan pada jam 1.27 petang.

“Impak kemalangan menyebabka­n dua mangsa wanita dalam kereta Produa Alza termasuk pemandu dan penumpang mengalami kecederaan ringan. ” JANIL JAYA

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar

 ??  ?? KEADAAN kereta Produa Alza yang terjejas di bahagian tepi selepas kemalangan di Jalan Papar berhampira­n Kampung Pengalat Besar.
KEADAAN kereta Produa Alza yang terjejas di bahagian tepi selepas kemalangan di Jalan Papar berhampira­n Kampung Pengalat Besar.
 ??  ?? ANGGOTA bomba membersihk­an sisa kemalangan di jalan raya bagi memastikan lalu lintas kembali seperti biasa.
ANGGOTA bomba membersihk­an sisa kemalangan di jalan raya bagi memastikan lalu lintas kembali seperti biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia