Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki hanyut dipukul ombak ditemukan terapung

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Lelaki yang dilaporkan hilang akibat hanyut dipukul ombak ditemukan oleh keluarga mangsa tidak jauh dari tempat kejadian di Kuala Pemaguan, malam Isnin.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa dikenali sebagai Sharian Amirshah, 29, ditemukan pada jam 9.59 malam oleh anggota keluargany­a.

“Mangsa timbul di permukaan air di kawasan di mana mangsa dilaporkan lemas,” katanya.

Beliauberk­atamayatma­ngsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian petang Ahad, mangsa dikatakan bersama beberapa rakan berkelah di pantai berkenaan.

Ketika mangsa sedang mandi manda di pantai itu, dia telah dipukul ombak dan dilaporkan hilang.

Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarka­n oleh pihak polis, Agensi Peguatkuas­aan Maritim Malaysia dan JBPM Zon Sandakan.

Difahamkan, mangsa yang merupakan Ahli Jawatankua­sa Pemuda Umno Bahagian Libaran telah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Sungai Kayu Batu 7.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemukan oleh ahli keluarga.
MAYAT mangsa ditemukan oleh ahli keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia