Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditemukan lemas berdekatan Jeti SMK Pulau Gaya

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang belum diketahui identitiny­a ditemukan lemas berdekatan Jeti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya di sini pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkataman­gsaditemuk­an oleh orang awam pada jam 6.45 pagi.

“Mangsa yang ditemukan terapung memakai baju berwarna merah biru dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Siasatan lanjut terhadap badan mangsa terdapat tatu di bahagian badan mangsa dan pelampung yang ada berdekatan mangsa juga tidak mempunyai sebarang label atau huruf serta angka,” katanya.

Chandra berkata mayat mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut kes mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mangsa diminta hadir ke balai polis berhampira­n untuk membantu siasatan atau menghubung­i pegawai penyiasat Asisten Superinten­dan Zulfikar Abdul Salam di talian 0198009455,” katanya.

-Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

 ??  ?? TATU di bahagian belakang mangsa.
TATU di bahagian belakang mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia