Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga perlu bijak memilih

Lima barangan masih di bawah kawalan KPDNKK

-

RANAU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaa­n (KPDNKK) masih menguatkua­sakan harga runcit lima jenis barang keperluan harian sebagai barang kawalan.

Lima barangan berkenaan ialah gula pasir, tepung, minyak masak, bahan api (petrol) dan gas dapur.

Pengarah KPDNKK Sabah Yahya Sulaiman berkata, para pengguna harus bijak memilih premis yang menjual barangan terkawal dengan memastikan harga dikenakan tidak melebihi seperti ditetapkan.

“Sekiranya ada peniaga yangsengaj­amenaikkan­harga barang kawalan ini, maka haruslah melaporkan­nya kepada KPDNKK,” katanya ketika memberi taklimat kepada penduduk Kg Kinapulida­n di dewan mini kampung itu, di sini.

Terdahulu, Pegawai JabatanHal­EhwalKhas(Jasa) Ranau Maslin Ibrahim dalam taklimatny­a berhubung kemerdekaa­n, menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang kononnya tarikh 31 Ogos tidak penting bagi Sabah dan Sarawak, kerana ia hanya untuk Semenanjun­g (Malaya) sahaja.

Beliau berkata dakwaan itu adalah tidak benar dan menyifatka­n mereka yang mendakwa 31 Ogos tidak ada kaitan dengan SabahSaraw­ak sebagai ‘buta sejarah’.

“Kita ini berada dalam satu negara, satu bendera dan 1Malaysia, kenapa ada lagi mempertika­ikan tarikh 31 Ogos sebagai tidak penting bagi Sabah dan Sarawak.

“Sebaliknya,sebagairak­yat Malaysia yang cintakan tanah air sendiri, apapun perayaan sama ada tarikh 31 Ogos atau 16 September wajar dirayakan bersama seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira suku kaum, agama dan ideologi politik,” katanya.

Turut berucap ialah Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin dan Pengerusi Penganjur Laurah Galibin.

Majlis itu dihadiri lebih 50 penduduk termasik Pengerusi JKKK Sutiman Saimin sementara, turut diadakan ialah kaunter pendaftara­n sebagai ahli pengguna dan cabutan tiket bertuah.

“Para pengguna harus bijak memilih premis yang menjual barangan terkawal dengan memastikan harga dikenakan tidak melebihi seperti ditetapkan. ” YAHYA SULAIMAN Pengarah KPDNKK Sabah

 ??  ??
 ??  ?? LAURA menyampaik­an cenderamat­a kepada Yahya diperhatik­an Amisah.
LAURA menyampaik­an cenderamat­a kepada Yahya diperhatik­an Amisah.
 ??  ?? YAHYA
YAHYA
 ??  ?? (Gambar atas) ANTARA jemputan dan penduduk yang hadir. (Gambar kiri) SEBAHAGIAN penduduk yang hadir.
(Gambar atas) ANTARA jemputan dan penduduk yang hadir. (Gambar kiri) SEBAHAGIAN penduduk yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia