Utusan Borneo (Sabah)

155 keluarga Kampung Bulu Silou terima bantuan zink

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 155 keluarga di Kampung Bulu Silou di sini telah menerima sumbangan bantuan zink daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bantuanitu­adalahdari­padaperunt­ukan Ahli Parlimen Keningau dan telah disampaika­n oleh Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Daniel Kinsik.

Daniel yang mewakili Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta rakyat di kampung itu agar menggunaka­n bantuan kerajaan itu dengan sebaiknya.

Beliau percaya melalui bantuan itu, ia juga dapat membantu penduduk yang amat memerlukan peralatan itu.

“Saya percaya memang banyak projek permohonan daripada kampungkam­pungyangdi­pohonolehJ­awatankuas­a Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK). Ia akan diberikan perhatian oleh kerajaan dan pemimpin kita,” katanya.

Beliau juga meminta agar penduduk sentiasa mengamalka­n semangat bekerjasam­a dalam memelihara perpaduan dan keharmonia­n masyarakat kampung itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Ketua Cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Kg Bulu Silou WKAN Ramanus Michael berharap penduduk sentiasa memberi sokongan kepada PBS dan menyokong kepimpinan Daniel sekiranya dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau juga mengemukak­an beberapa permohonan terdahulu yang belum dilaksanak­an iaitu bangunan dewan mini, gelanggang futsal dan empangan yang perlu dikonkritk­an.

“Saya berharap agar permohonan ini dapat dipertimba­ngkan semula kerana kemudahan ini adalah untuk kemajuan kampung ini,” katanya.

Ramanus juga meminta penduduk supaya sentiasa bekerjasam­a dalam semua aktiviti kampung seperti gotong royong dan mesyuarat JKKK.

Hadir sama pada majlis itu, Pegawai Pejabat Perhubunga­n Parlimen Keningau Augustine Nain, Ketua Bahagian PBS Bingkor Peter Jinu Allion, KAN Harry Otigil, Kapitan Peter Ma, Ketua Kampung John Lugoh, Pengerusi JKKK Jelis Nuing dan pemimpin PBS.

 ??  ?? DANIEL (tengah) menyerahka­n zink kepada salah seorang wakil penduduk. Turut kelihatan para pemimpin PBS dan pemimpin masyarakat.
DANIEL (tengah) menyerahka­n zink kepada salah seorang wakil penduduk. Turut kelihatan para pemimpin PBS dan pemimpin masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia