Utusan Borneo (Sabah)

PR1MA Ranggu adakan hari terbuka pada 22-24 Oktober

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU:Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Ranggu akan mengadakan program hari terbukanya pada 22 hingga 24 Oktober di salah sebuah hotel di sini.

Pemaju utama projek, Larry Koh @Rahim Abdullah berkata para pemohon boleh menghadiri program itu untuk melakukan proses pemeriksaa­n kredit masingmasi­ng.

“Para pemohon perlu membawa dokumen berkaitan untuk proses berkenaan dan mereka yang berjaya berpeluang mengambil bahagian di dalam pemilihan lot,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata projek yang dimulakan pada November 2016 itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan setakat ini pihaknya mencapai sasaran seperti yang dijadualka­n.

Perkara itu termasukla­h berkaitan penggunaan teknik pembinaan yang inovatif menerusi ‘Aluminium System Form Work’ yang pertama kali diperkenal­kan di negeri ini.

“Kita tidak menggunaka­n batu-batadidala­mpembinaan dinding tetapi menggunaka­n konkrit sepenuhnya, dan teknik ini memerlukan kos lebih mahal tetapi dibina lebih laju.

“Malah, teknik ini juga mampu menjamin kekukuhan dinding yang lebih baik berbanding cara konvension­al untuk semua rumah yang melibatkan 1,300 unit,” katanya.

Menurut Larry, tapak perumahan itu terletak kirakira 15 kilometer dari pusat bandar dan jalan berturap menerusi Bandar Sri Indah juga akan dibina kelak.

 ??  ?? LARRY (dua kiri) memantau kerja yang sedang dilakukan di tapak perumahan berkenaan.
LARRY (dua kiri) memantau kerja yang sedang dilakukan di tapak perumahan berkenaan.
 ??  ?? LARRY turut meninjau keadaan teknologi yang digunakan untuk membuat dinding konkrit menerusi Aluminium System Form Work.
LARRY turut meninjau keadaan teknologi yang digunakan untuk membuat dinding konkrit menerusi Aluminium System Form Work.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia