Utusan Borneo (Sabah)

Tanam semangat patriotik, cintakan tanah air

Muzium Sabah anjur pameran sempena Hari Malaysia di SK Taginambur

-

SEMPENA dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Muzium Sabah mengadakan satu pameran di Sekolah Kebangsaan (SK) Taginambur Kota Belud baru-baru ini.

Pameran berkenaan juga susulan daripada program yang sama dijalankan di beberapa sekolah lain di Kota Belud sebelum ini.

Selain pameran tokohtokoh sukan, Muzium Sabah mempersemb­ahkan kepada warga SK Taginambur berkaitan bahan-bahan sejarah terutama mengenai sejarah pembentuka­n Malaysia.

Pegawai Muzium Sabah Stephen Jaya D berkata, pihaknya melakukan sedikit kelainan pada pameran kali ini sempena dengan Hari Malaysia yang akan disambut pada Sabtu.

“Jika sebelum ini kami hanya mempamerka­n sejarah mengenai tokohtokoh sukan, kali ini warga SK Taginambur dipamerkan dengan sejarah-sejarah pemimpin negara terutama berkaitan pembentuka­n Malaysia.

“Program ini bertujuan mendekatka­n warga sekolah dan ia bukan saja di sekolah ini (SK Taginambur), tetapi juga sekolah-sekolah berhampira­n yang lain,” katanya.

Beliau berkata, programpro­gram seperti ini akan diteruskan di sekolahsek­olah lain pada masa akan datang dan pihaknya juga mendapat banyak permintaan untuk mengadakan program pameran itu.

Sementara itu, Guru Besar SK Taginambur Biteh@Betty Linggin turut mengucapka­n terima kasih kepada pihak Muzium Sabah kerana sudi mengadakan pameran itu.

“Bagi pihak sekolah, antara objektif program ini adalah bagi membolehka­n murid-murid mempelajar­i dengan lebih jelas mengenai sejarah pembentuka­n Malaysia disamping menanamkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.

“Selain itu, muridmurid juga dapat melihat sendiri gambar-gambar rumah tradisiona­l suku kaum yang ada di Sabah serta mengenali tokohtokoh tempatan termasuk ahli sukan yang pernah mengharumk­an nama negara,” katanya.

Biteh berharap SK Taginambur akan diberi peluang lagi untuk diadakan program seperti itu pada masa akan datang.

Menurutnya, program berkenaan dapat membuka satu lagi ruang jalinan yang erat antara sekolah dan Jabatan Muzium Sabah.

Katanya, ia sekaligus memenuhi hasrat dan aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Negara (PPPM).

 ??  ?? STEPHEN (kiri) yang mewakili Pengarah Muzium Sabah Sintiong Gelet, menyampaik­an cenderaken­angan kepada Biteh.
STEPHEN (kiri) yang mewakili Pengarah Muzium Sabah Sintiong Gelet, menyampaik­an cenderaken­angan kepada Biteh.
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid SK Taginambur mencatat nota selepas melihat pameran sempena Hari Malaysia.
SEBAHAGIAN murid SK Taginambur mencatat nota selepas melihat pameran sempena Hari Malaysia.
 ??  ?? MUZIUM Sabah dan warga SK Taginambur merakamkan gambar kenangan bersama.
MUZIUM Sabah dan warga SK Taginambur merakamkan gambar kenangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia