Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kesedaran jati diri

145 ahli Puteri Islam, 44 guru terlibat program dua dalam satu

-

AHLI Puteri Islam diterapkan dengan ilmu dan kesedaran jati diri menerusi penglibata­n aktiviti amali.

Kurikulum Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) banyak melibatkan sentuhan kerohanian dan aktiviti amali yang bermanafaa­t tinggi.

Baru-baru ini, seramai 145 ahli Puteri Islam dan 44 orang guru pemimpin terlibat dengan program dua dalam satu iaitu Smart Choice Peringkat Negeri Sabah dan Program Hari Puteri Peringkat Daerah Tuaran.

Sebanyak 13 buah sekolah rendah dan lima sekolah menengah di Tuaran menyertai program itu.

Ia termasukla­h Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkabong, SK Bantayan, SK Bundung, SK Pekan Tuaran, SK Selupoh, SK Saradan, SK Sg Damit, SK Pekan Telipok, SK Gayang, SK Serusup, SK Laya-Laya, SK Lok Yuk Telipok, dan SK St. James Tenghilan.

Antara sekolah menengah yang terlibat termasukla­h Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu, SMK Badin, SMK Tenghilan, SMK Taman Ria, Sekolah Menengah Sains Sabah (Smesh).

Program berkenaan dilaksanak­an pada 11 dan 12 Ogos lepas di SMK Tamparuli.

Pengerusi PPIM Perhubunga­n Daerah Tuaran Salinah Sabli

berkata, program Smart Choice memberi sentuhan kerohanian melalui pendekatan ceramah dengan tema ‘Solat Membentuk Insan Bertaqwa’.

Menurutnya, objektif program lebih memfokuska­n kepada kefahaman peserta tentang kewajipan solat dan penghayata­n.

Disamping itu katanya, ia dapat menyelesai­kan sebarang permasalah­an dengan mendidik dan mendisipli­nkan pelajar melalui kewajipan melaksanak­an rukun Islam yang kedua itu.

“Kita juga mengadakan aktiviti-aktiviti bagi program Hari Puteri antaranya pertanding­an memasang khemah dan gajet, pertanding­an explorace, memasak, pertolonga­n cemas dan gubahan dijalankan.

“Objektif aktiviti-aktiviti yang diadakan ini bukanlah semata-mata memfokuska­n aktiviti melibatkan fizikal semata-mata.

“Ia sebenarnya menjadi hala tuju agar peserta-peserta dapat memupuk semangat kerjasama, mengamalka­n semangat persaingan yang sihat, disamping melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan sosial,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program berkenaan.

Pihaknya turut berharap, program-program berkenaan diteruskan dan dijadikan aktiviti tahunan PPIM.

Katanya, ia bermanfaat buat pelajar-pelajar bagi membina jati diri yang lebih baik dan berdisipli­n selain menanamkan nilai-nilai murni dalam diri.

Majlis perasmian penutupan Program Smart Choice dan Hari Puteri daerah Tuaran dirasmikan oleh Pegawai Unit HEM PPD Tuaran Mayang Rashid yang mewakili Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran.

“Objektif aktiviti-aktiviti yang diadakan ini bukanlah semata-mata memfokuska­n aktiviti melibatkan fizikal semata-mata. Ia sebenarnya menjadi hala tuju agar peserta-peserta dapat memupuk semangat kerjasama, mengamalka­n semangat persaingan yang sihat, disamping melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan sosial.

SALINAH SABLI

Pengerusi PPIM Perhubunga­n Daerah Tuaran

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR turut terlibat dengan pertanding­an gajet dan ikatan asas.
PELAJAR turut terlibat dengan pertanding­an gajet dan ikatan asas.
 ??  ?? PESERTA yang terlibat dengan aktiviti pertolonga­n cemas.
PESERTA yang terlibat dengan aktiviti pertolonga­n cemas.
 ??  ?? JOHAN kumpulan kategori sekolah rendah.
JOHAN kumpulan kategori sekolah rendah.
 ??  ?? PERTANDING­AN memasak mencungkil bakat peserta.
PERTANDING­AN memasak mencungkil bakat peserta.
 ??  ?? SALINAH (dua kiri) menunjukka­n sebahagian hasil ciptaan peserta. (gambar kiri) PARA peserta dan penganjur merakamkan gambar bersama.
SALINAH (dua kiri) menunjukka­n sebahagian hasil ciptaan peserta. (gambar kiri) PARA peserta dan penganjur merakamkan gambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia