Utusan Borneo (Sabah)

Lahirkan lebih ramai pendakwah melalui program syarahan agama

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

pelajar dalam syarahan agama dilihat mampu melahirkan lebih ramai tokoh pendakwah yang mampu menyampaik­an dakwah dengan baik, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Menteri bertanggun­gjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam Negeri ini berkata seorang pendakwah yang baik tidak akan lahir tanpa adanya latihan berterusan.

Oleh itu, pendedahan awal di peringkat sekolah sebegini membolehka­n pelajar berani untuk tampil di depan khalayak ramai untuk menyampaik­an dakwah.

“Kita juga berharap agar anak-anak kita yang berada di Tingkatan 6 diberi pendedahan tentang acara sebegini supaya mereka mampu bercakap di khalayak ramai dan berkhutbah.

“Hasrat ini boleh dicapai dengan adanya latihan berterusan dengan bimbingan yang baik daripada guru-guru serta pendedahan melalui pertanding­an sehingga ke peringkat kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pertanding­an Syarahan Agama Piala Ketua Menteri Sabah kali kedua, peringkat Negeri Sabah, di Dewan Sa’adah Wisma Muis, pada Selasa.

Menurutnya, dalam Syarahan Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama (SMA) peringkat Kebangsaan tahun lalu, Sabah menjuarai kategori lelaki dan wanita. Ini adalah berkat bimbingan guru dan keupayaan pelajar untuk menyampaik­an ceramah dengan baik.

Arifin berkata penglibata­n pelajar dalam program syarahan agama serta aktiviti kokurikulu­m lain mampu membendung pelajar daripada terlibat dengan gejala sosial yang tidak baik.

Katanya jika masa lapang tidak diisi dengan perkara bermanfaat maka, seseorang itu mudah untuk terjebak dengan gejala yang tidak baik.

Kemudian ditanya mengenai perkembang­an banjir di kawasan Membakut beliau berkata, jawatankua­sa pengurusan bencana daerah dan agensi keselamata­n sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi banjir.

Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Pusat Daerah Mengundi sentiasa bekerjasam­a untuk memantau dan memberi maklumat kepada Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah tentang masalah banjir dari masa ke semasa.

Dalam pertanding­an itu, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah Kinarut dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Pertanding­an Syarahan Agama berkenaan.

Untuk johan kategori lelaki dimenangi oleh Zaihan Zaihiri (SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut); manakala Khairil Ifham Janing (SMAN Keningau) dan Mohd Shahrul Ramadan Manap masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Juara kategori perempuan Siti Rabiahtul Jumatin dari SMAN Pantai Manis, Papar; Ezzatun Nur Zahirah Muhamad Ramli (SMAN Kunak); dan Mysara Arbaa Haslee (SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut).

Turut hadir dalam majlis itu adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Ag Omar Pg Gana.

 ??  ?? AG Omar (dua kiri) mewakili Arifin menyampaik­an hadiah kepada Siti Rabiahtul selaku Juara Pertanding­an Syarahan Agama Piala Ketua Menteri Sabah bagi kategori perempuan.
AG Omar (dua kiri) mewakili Arifin menyampaik­an hadiah kepada Siti Rabiahtul selaku Juara Pertanding­an Syarahan Agama Piala Ketua Menteri Sabah bagi kategori perempuan.
 ??  ?? JUARA Pertanding­an Syarahan Agama Piala Ketua Menteri Sabah peringkat Negeri Zaihan (kiri) dan Siti Rabiahtul (kanan).
JUARA Pertanding­an Syarahan Agama Piala Ketua Menteri Sabah peringkat Negeri Zaihan (kiri) dan Siti Rabiahtul (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia