Utusan Borneo (Sabah)

jadi ikon belia

Lebih 300 hadiri Majlis Malam Santai rai kejayaan

- Oleh JOHAN AZIZ

LEBIH 300 orang menghadiri majlis Malam Santai meraikan kejayaan Rayzam Shah Wan Sufian di kediaman Ketua Pemuda Umno Keningau, Nik Nazri Nik Zawawi di Keningau pada Isnin.

Majlis itu turut dihadiri oleh ahli keluarga Nazri, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n, pemimpin-pemimpin masyarakat dan belia di daerah ini.

Pada majlis itu, Rayzam turut menyerahka­n borang kemasukan sebagai ahli Umno kepada Nazri disaksikan oleh isteri, ayah dan ibunya.

Nazri dalam ucapannya berkata, majlis santai itu adalah sebagai doa kesyukuran dan santai makan malam bersama Rayzam antara atlet yang telah memberikan sumbangan pingat kepada negara dalam Sukan SEA yang baharu berlalu.

Katanya, Rayzam juga menjadi kebanggaan kepada seluruh belia di negeri ini termasuk daerah ini atas kejayaanny­a mengutip pingat emas dalam acara lari berpagar 110 meter di sukan SEA itu.

“Saya berharap Rayzam Shah akan menjadi ikon kepada belia terutama sekali atlet olahraga di daerah ini termasuk pedalaman dan juga negeri ini,” katanya.

Menurut beliau, majlis itu juga adalah sebagai merai kejayaan Rayzam anak kelahiran Keningau dan berharap lebih ramai lagi atlet dapat mencontohi dan menjejaki kejayaan Rayzam.

Katanya, kejayaan boleh dkecapi oleh atlet olahraga kerana ia sebenarnya ada pada diri sendiri.

“Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh maka besar kemungkina­n kejayaan akan dapat kita kecapi,” katanya.

Nazri juga berharap dengan kemasukan Rayzam sebagau ahli Umno melalui pergerakan Pemuda Umno Keningau akan dapat menyuntik semangat belia di daerah ini menyertai perjuangan Umno. Sementara itu, Rayzam mengucapka­n terima kasih kepada Nazri di atas penghormat­an yang diberikan kepadanya dan keluarga dengan mengadakan majlis kesyukuran seumpama itu. Katanya, kejayaan yang diperolehi­nya di Sukan SEA itu adalah milik seluruh rakyat Sabah, pedalaman dan daerah Keningau kerana dengan doa mereka, beliau berjaya mencapai ke tahap itu.

“Kejayaan ini juga akan saya kongsi kepada atlet olahraga yang sedia bersaing dalam sukan berpestij sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun Asia.

“Saya percaya dengan adanya disiplin diri yang tinggi dan yakin untuk berjaya dalam sukan olahraga ini, kita pasti boleh berjaya,” katanya.

Rayzam berharap pada masa akan datang akan lebih ramai lagi atlet olahraga dari daerah ini mahupun di pedalaman akan berjaya ke tahap yang lebih tinggi, bukan sahaja di peringkat kebangsaan dan Sukan SEA tetapi hingga ke peringkat Sukan Olimpik.

Pada majlis itu, Nazri turut menyampaik­an insentif berupa wang tunai atas kejayaan Rayzam pada temasya Sukan SEA yang baru berlalu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, Pegawai Mara Daerah Zairul Fiza Mohd Zain, Pegawai Penerangan Daerah Hendry Nurdin, Ketua Bahagian Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Gunasegara­n A/L Krisnan, dan mantan Pegawai Daerah Keningau Haji Zulkifli Nasir.

Turut hadir, Kapitan Liew Ket Lim, Kapitan Peter Ma, Wan Sufian (ayah Rayzam) dan Nik Zawawi Nik Abdul Rahman dan keluarga.

Saya berharap Rayzam Shah akan menjadi ikon kepada belia terutama sekali atlet olahraga di daerah ini termasuk pedalaman dan juga negeri ini

NIK NAZRI NIK ZAWAWI Ketua Pemuda Umno Keningau

 ??  ?? NAZRI (tiga kiri) menerima borang keahlian Umno dari Rayzam Shah pada majlis itu sambil diperhatik­an oleh ahli keluargany­a.
NAZRI (tiga kiri) menerima borang keahlian Umno dari Rayzam Shah pada majlis itu sambil diperhatik­an oleh ahli keluargany­a.
 ??  ?? RAYZAM bersama Nazri bergambar dengan belia daerah Keningau.
RAYZAM bersama Nazri bergambar dengan belia daerah Keningau.
 ??  ?? AHLI keluarga Nik Zawawi Nik dan isteri Hajah Rehana Latif bersama Rayzam pada majlis itu.
AHLI keluarga Nik Zawawi Nik dan isteri Hajah Rehana Latif bersama Rayzam pada majlis itu.
 ??  ?? RAYZAM (dua kanan) bersama tetamu majlis itu. Dari kanan: Zulkifli, Ahmad dan Zairul Fiza.
RAYZAM (dua kanan) bersama tetamu majlis itu. Dari kanan: Zulkifli, Ahmad dan Zairul Fiza.
 ??  ?? KAPITAN Peter Ma (kanan) bersama Rayzam, Nazri dan Wan Sufian.
KAPITAN Peter Ma (kanan) bersama Rayzam, Nazri dan Wan Sufian.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis itu. Dari kanan: Peter, Hendry, Liew, Gunasegara­n, Zulkifli, Rayzam, Ahmad dan Nazri.
SEBAHAGIAN pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis itu. Dari kanan: Peter, Hendry, Liew, Gunasegara­n, Zulkifli, Rayzam, Ahmad dan Nazri.
 ??  ?? RAYZAM sedang berucap pada majlis itu. Turut kelihatan Nazri (kanan).
RAYZAM sedang berucap pada majlis itu. Turut kelihatan Nazri (kanan).
 ??  ?? AYAH dan ibu Nazri, Nik Zawawi Nik Abdul Rahman dan Hajah Rehana bergambar bersama Rayzam.
AYAH dan ibu Nazri, Nik Zawawi Nik Abdul Rahman dan Hajah Rehana bergambar bersama Rayzam.
 ??  ?? NAZRI menyerahka­n insentif kepada Rayzam di atas kejayaanny­a.
NAZRI menyerahka­n insentif kepada Rayzam di atas kejayaanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia