Utusan Borneo (Sabah)

Belia digesa contohi semangat juang wakil rakyat

-

RAKYAT di kawasan Abai digesa supaya terus memberikan sokongan kepada program pembanguna­n rakyat di situ, terutama dalam melahirkan kemahiran dalam kalangan belia dan beliawanis­nya.

Pegawai Kemajuan Masyarakat Sukau (CDO) Dasran Haji Dahalan Beliau berkata, ia kerana tanggungja­wab itu seiring dengan harapan Adun Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman dalam melahirkan masyarakat berkemahir­an, berindovas­i dan keratif demi mencapai kemajuan ekonomi secara jangka panjang.

Katanya, langkah itu juga seiring dengan matlamat pembanguna­n prasarana rakyat yang terus diperjuang­kan oleh Saddi dalam impiannya untuk melihat transforma­si Sukau yang maju, dinamik serta seiring dengan pembanguna­n di daerah lain di negara ini.

“Maka, berilah sokongan kepada apa juga program kemahiran belia yang dibawa oleh agensi kerajaan terutama oleh Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri, sebagaiman­a yang diadakan kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Saddi merasmikan Program Kemahiran Masakan Makanan Laut anjuran Pejabat Belia dan Sukau Negeri Kinabatang­an di Dewan Serbaguna Kampung Abai pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Belia dan Sukan Kinabatang­an Masdi Masran, Ketua Anak Negeri Awang Ahmad Ongkang, Pemaju Mukim Japar Yusup, Pengerusi JKKK Abai Tahir Mastar, Ketua Kampung Jamal Inggau serta Wakil Ketua Anak Negeri Haji Awang Julai dan Mainor @James.

Dasran berharap agar cawangan pejabat belia di Kinabatang­an dapat menjayakan program bimbingan kemahiran belia seumpama itu di seluruh Sukau, demi meningkatk­an kualiti dan kemahiran belia dalam pelbagai bidang di kawasan luar bandar.

“Apa yang penting bagi saya, golongan belia di kampung ini mampu menunjukka­n kesatuan dan kerjasama bukan saja dalam membangunk­an diri tetapi masyarakat, sebagaiman­a kedudukan mereka yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata kesungguha­n dan ilztizam yang ditunjukka­n Saddi dalam membangunk­an kawasan itu perlu dicontohi golongan berkenaan demi kebaikan masa depan bersama.

 ??  ?? BERGAMBAR ramai dengan sebahagian belia yang mengambil bahagian dalam bimbingan kemahiran itu.
BERGAMBAR ramai dengan sebahagian belia yang mengambil bahagian dalam bimbingan kemahiran itu.
 ??  ?? DASRAN menyampaik­an sijil sambil disaksikan Masdi.
DASRAN menyampaik­an sijil sambil disaksikan Masdi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia