Utusan Borneo (Sabah)

Dua askar British anggota neo-Nazi

-

LONDON: Tiga lelaki, termasuk dua askar British, telah didakwa di bawah undang-undang keganasan atas tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan neo-Nazi yang diharamkan, kata polis kelmarin.

Kedua-dua askar, Mikko Vehvilaine­n, 32, yang ditugaskan di Cyprus, dan Mark Barrett, 24, yang berada di Wales, didakwa menjadi anggota kumpulan National Action, yang pada tahun lepas menjadi kumpulan haluan kanan ekstrem pertama diharamkan kerajaan British.

Vehvilaine­n dan lelaki ketiga, Alexander Deakin, 22, turut dituduh memiliki dokumen yang berguna untuk pengganas.

Lima lelaki, termasuk empat askar berkhidmat, ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan keganasan pada minggu lepas dalam siasatan yang diketuai unit antiterori­sme Polis West Midlands.

“Tangkapan itu dirancang awal dan diketuai perisikan dan risiko tiada kepada keselamata­n orang awam,” kenyataan polis menyebut.

National Action diharamkan pada Disember lalu, enam bulan selepas pembunuhan penggubal undang-undang Jo Cox oleh penyokong haluan kanan ekstrem.

Cox, Ahli Parlimen parti pembangkan­g utama Parti Buruh, ditembak dan ditikam sehingga mati di kawasan pengundiny­a oleh Thomas Mair pada Jun 2016.

Mair menjerit “Britain diutamakan!” ketika dia membunuh Cox, dan National Action kemudian memuji tindakan Mair. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia