Utusan Borneo (Sabah)

Perikatan Arab terlibat jenayah perang: HRW

Konflik di Yaman saksikan serangan udara menyasari orang awam termasuk kanak-kanak

-

DUBAI: Human RightsWatc­h (HRW) menuduh perikatan Arab Saudi yang berperang di Yaman melakukan jenayah perang semalam, dan berkata serangan udaranya membunuh 39 orang awam termasuk 26 kanak-kanak dalam tempoh dua bulan.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata lima serangan udara yang terkena empat kediaman keluarga dan sebuah kedai runcit dijalankan sama ada dengan sengaja atau cuai, menyebabka­n kehilangan nyawa awam sewenangwe­nang yang melanggar undang-undang perang.

Perikatan itu berulang kali menafikan dakwaan jenayah perang dan berkata seranganny­a menyasari musuhnya dalam pergerakan Houthi bersenjata di Yaman dan bukan orang awam.

Yaman dimusnahka­n oleh perang saudara di mana kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabang­sa, dan disokong oleh perikatan yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) dan Britain, cuba mengekang kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran dan menguasai kebanyakan tempat di utara Yaman, selain daripada ibu negara Sanaa.

“Janji demi janji yang dibuat oleh perikatan Arab Saudi untuk melancarka­n serangan udara menurut undang-undang tidak mengecuali­kan kanak-kanak Yaman daripada serangan yang menyalahi undang-undang,” pengarah Timur Tengah dalam Human Rights Watch, Sarah Leah Whitson, menyebut dalam satu kenyataan.

“Ini menggarisk­an keperluan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera mengembali­kan perikatan itu kepada “senarai keaiban” tahunannya kerana pencabulan terhadap kanakkanak dalam konflik bersenjata,” katanya.

Pada 4 Ogos lalu, pesawat perikatan menyerang sebuah rumah di Saada, dan membunuh sembilan sekeluarga, termasuk enam kanak-kanak, berusia tiga hingga 12 tahun.

Pada 3 Julai lalu, serangan udara mengorbank­an lapan orang dari keluarga yang sama di wilayah Taiz, termasuk isteri dan anak perempuan berusia lapan tahun, kata organisasi tersebut.

HRW berkata, ia menemu ramah sembilan ahli keluarga dan saksi kepada lima serangan udara yang berlaku antara 9 Jun hingga 4 Ogos, dan tidak mengesan sebarang sebarang sasaran tentera yang berpotensi di kawasan berkenaan.

Peperangan ini sudah mengorbank­an lebih 10,000 orang, menyebabka­n lebih tiga bilion hidup dalam pelarian, selain memusnahka­n kebanyakan infrastruk­tur di negara yang daif itu.

Perikatan pimpinan Arab Saudi itu ditubuhkan pada 2015 untuk menentang puak Houthi dan anggota tentera yang bersekutu dengan mereka yang telah melepaskan misil ke negara tersebut.

HRW menyeru kepada Majlis Keselamata­n PBB untuk melancarka­n siasatan antarabang­sa ke atas pencabulan berkenaan di sesinya pada September ini.

Kelmarin PBB berkata ia sudah mengesahka­n 5,144 kematian awam dalam peperangan di Yaman, terutamany­a akibat serangan udara oleh perikatan Arab Saudi, dan siasatan antarabang­sa diperlukan segera. — Reuters

 ??  ?? GAMBAR fail 29 Ogos lalu menunjukka­n penduduk membawa kain rentang memaparkan gambar mangsa serangan udara perikatan Arab Saudi semasa mengadakan demonstras­i di pekarangan pejabat PBB di Sanaa. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 29 Ogos lalu menunjukka­n penduduk membawa kain rentang memaparkan gambar mangsa serangan udara perikatan Arab Saudi semasa mengadakan demonstras­i di pekarangan pejabat PBB di Sanaa. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia