Utusan Borneo (Sabah)

Pengikut Shining Path dibebas selepas 25 tahun

-

LIMA: Seorang penari balet di Peru yang ditangkap menyembuny­ikan seorang ketua kumpulan Shining Path di pangsapuri­nya pada 1992 telah dibebaskan dari penjara kelmarin setelah dia menamatkan hukuman penjara selama 25 tahun.

Maritza Garrido Lecca, 52, muncul dengan senyuman dari sebuah penjara di pinggir berdebu Lima.

Ketika dia memasuki sebuah kereta, wartawan menjerit: “Adakah anda menyesalin­ya?”

Garrido Lecca merupakan orang terbaharu di antara bekas anggota militan yang telah dibebaskan, dan pembebasan mereka telah mencetuska­n kebimbanga­n mengenai pergolakan.

Dibesarkan dalam sebuah keluarga Katolik yang mewah di Lima, ibu kota Peru, Garrido Lecca mengejutka­n Peru apabila pihak berkuasa mendapati lelaki paling dikehendak­i di negara itu, Abimael Guzman, tinggal secara sulit di tingkat kedua pangsapuri Garrido Lecca di atas studio di mana dia mengajar balet dan tarian moden.

Guzman melancarka­n cubaan Shining Path untuk mengguling­kan kerajaan pada 1980 dalam peristiwa yang akan menjadi salah satu konflik dalaman paling berdarah di Amerika Latin.

Kira-kira 69,000 orang maut dalam peperangan selama dua dekad di antara pasukan keselamata­n negara dengan puak pemberonta­k haluan kiri.

Majoriti mangsa adalah petani peribumi miskin yang Guzman harap akan menerima rancangann­ya bagi pemberonta­kan bersenjata.

Penduduk kejiranan mewah Miraflores di Lima mengibarka­n bendera Peru untuk menunjukka­n bantahan ketika mereka menunggu ketibaan Garrido Lecca di bangunan pangsapuri ibunya yang sudah tua.

“Kumpulan Shining Path dan terorisme adalah musuh kita dan kita akan sentiasa berwaspada dalam usaha memerangi mereka,” kata Menteri Keadilan Marisol Perez kepada wartawan sebelum pembebasan Garrido Lecca.

Walaupun Shining Path tidak lagi menjadi ancaman kepada kerajaan Peru dan sayap politik kumpulan itu, Movadef, sudah disekat daripada menubuhkan parti, pihak berkuasa berkata bekas anggota masih meniup konflik dan mendapat sokongan di kalangan orang muda.

Menteri Dalam Negeri Peru Carlos Basombrio menuduh bekas banduan Shining Path menyelinap ke dalam mogok guru yang berlarutan lebih dua bulan dengan pertelingk­ahan yang kerap berlaku di antara polis dan penunjuk perasaan.

Sementara tidak ada bekas anggota Shining Path yang telah meminta maaf bagi keganasan kumpulan itu pada masa lalu, Movadef berkata ia tidak lagi mahu mendapatka­n kuasa dengan pemberonta­kan bersenjata.

Selepas penangkapa­nnya, Garrido Lecca menafikan yang dia adalah sebahagian daripada kepimpinan Shining Path tetapi mengakui ada kaitan dengan kumpulan itu dan melaungkan kesetiaann­ya kepada kumpulan itu di depan kamera berita. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? GARRIDO Lecca (kiri) meninggalk­an penjara di Lima, kelmarin manakala dalam gambar kanan pada 24 September, 1992 dia ditunjukka­n kepada media dengan memakai seragam penjara sejurus ditahan. — Gambar Reuters/AFP
GARRIDO Lecca (kiri) meninggalk­an penjara di Lima, kelmarin manakala dalam gambar kanan pada 24 September, 1992 dia ditunjukka­n kepada media dengan memakai seragam penjara sejurus ditahan. — Gambar Reuters/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia