Utusan Borneo (Sabah)

Platform promosi keamanan

Sambutan Hari Unesco Malaysia di Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

SAMBUTAN Hari Unesco Malaysia 2017 di Kundasang Ranau pada Ahad merupakan satu catatan sejarah negara sejak pertama kali disambut pada 2011.

Ia adalah cetusan idea Mesyuarat Agung Suruhanjay­a Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) untuk menonjolka­n penglibata­n dan pencapaian Malaysia di peringkat Unesco, di samping memberi pendedahan kepada masyarakat akar umbi mengenai peranan dan fungi SKUM sebagai badan perantara Malaysia dan Unesco.

Sebelum ini, Kuala Lumpur dan Bandaraya Melaka pernah menjadi lokasi Hari Unesco Malaysia, kini buat julungkali­nya ia diadakan di Sabah.

Menteri Pendidikan merangkap Presiden SKUM Dato’ Sri Mahdzir Khalid dalam ucapannya pada majlis persamian Hari Unesco berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah khususnya Taman-Taman Sabah selaku tuan rumah, kerana berusaha menjayakan sambutan itu.

“Ucapan penghargaa­n kepada Jawatankua­sa SKUM bersama Jawatankua­sa Kecil Tetap merangkumi Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Kementeria­n Luar Negeri serta Kementeria­n Teknologi dan Inovasi kerana turut memberikan kerjasama padu dalam menjayakan majlis ini,” katanya.

Menurutnya, sambutan Hari Unesco Malaysia memberikan gambaran jelas kerjasama erat yang terjalin sekian lama di antara Malaysia dan Unesco.

Sejak menjadi negara anggota Unesco pada 16 Jun 1958, Malaysia sentiasa bergerak aktif bersama badan antarabang­sa itu dalam menjayakan aktiviti selaras dengan prinsip-prinsip yang digariskan dalam 17 ‘Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDGS) Unesco.

“Sokongan dan komitmen Malaysia kepada 17 SDG itu merangkumi pelbagai skop dan ruang lingkup termasukla­h kesedaran terhadap air bersih dan sanitasi, pembanguna­n guru, perubahan iklim, penguranga­n risiko bencana dan pembelajar­an mengenai pembanguna­n mapan,” jelasnya.

Mahdzir menegaskan Hari Unesco Malaysia 2017 bertemakan ‘Harmoni Dengan Alam Semulajadi’ bukan sekadar bertujuan menarik minat pihak berkepenti­ngan khususnya kalangan badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan orang awam untuk turut terlibat dalam memberi sokongan kepada program dan aktiviti anjuran Unesco Malaysia. Sebaliknya, ia juga bagi memperkuku­h dan mempromosi­kan keamanan, keadilan serta pendidikan untuk semua. “Dalam kesempatan ini, saya juga mengucapka­n tahniah kepada Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi kerana kejayaanny­a meletakkan Malaysia sebagai salah satu ahli Intergover­nmental Oceanograp­hic Commission (IOC) Executive Council semasa persidanga­n ke-29 IOC, bagi penggal 2018-2019 di Paris barubaru ini. Diharapkan ia dapat meningkatk­an lagi ketrampila­n Malaysia di arena antarabang­sa,” katanya.

Berucap sama ialah, Pengarah Unesco Jakarta Shahbaz Khan serta Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Majlis dihadiri lebih 2,000 penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap, Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr.Ewon Ebin, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Hajah Maimunah Suhaibul, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamni Hashim, dan Pengarah Taman-Taman Sabah Dr

Jamili Nais.

 ?? TARIAN tradisi masyarakat Kudat. ??
TARIAN tradisi masyarakat Kudat.
 ??  ?? MAHDZIR melihat salah satu produk tuhau yang dipamerkan para pengusaha tempatan.
MAHDZIR melihat salah satu produk tuhau yang dipamerkan para pengusaha tempatan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan agensi kerajaan yang mengendali­kan booth pameran.
SEBAHAGIAN kakitangan agensi kerajaan yang mengendali­kan booth pameran.
 ??  ?? ANTARA persembaha­n kebudayaan yang menyerikan majlis itu.
ANTARA persembaha­n kebudayaan yang menyerikan majlis itu.
 ??  ?? MAHDZIR (kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Masidi.
MAHDZIR (kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Masidi.
 ??  ?? MASIDI menerima cenderahat­i disampaika­n Mahdzir (kiri).
MASIDI menerima cenderahat­i disampaika­n Mahdzir (kiri).
 ??  ?? MAHDZIR menyampaik­an cenderamat­a kepada Shahbaz.
MAHDZIR menyampaik­an cenderamat­a kepada Shahbaz.
 ??  ?? MASIDI turut berucap di majlis itu.
MASIDI turut berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia