Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Malaysia enggan melabur dalam digitalisa­si

K’jaan rancang pelan induk galak syarikat terima digitalisa­si

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam digitalisa­si, walaupun kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata, ia perkara biasa di kebanyakan negara, terutama dalam penerimaan Industri 4.0, oleh itu kerajaan berhasrat untuk mempunyai pelan induk bagi menyesuaik­an rancangan lima tahunnya dan bajet bagi menggalak syarikat itu menerima digitalisa­si.

“Kami lebih prihatin dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana syarikat besar lebih peka dengan trend pasaran. Untuk kemampanan mereka (PKS), mereka perlu berubah ke arah digitalisa­si,” katanya kepada pemberita pada Persidanga­n Siemens bertema ‘Membentuk Digitalisa­si - Malaysia dan Siemens’, di sini pada Selasa.

Chua berkata, menurut satu

“Kami lebih prihatin dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana syarikat besar lebih peka dengan trend pasaran. Untuk kemampanan mereka (PKS), mereka perlu ” berubah ke arah digitalisa­si. DATUK CHUA TEE YONG Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

kajian oleh SME Corporatio­n mengenai PKS dari segi penggunaan Internet dan kesediaan digitalisa­si setahun lalu, kesedaran mereka telah meningkat daripada 18 peratus kepada kira-kira 30 peratus.

Pembabitan berterusan dengan kerajaan dan agensinya telah membantu PKS untuk menyedari mengenai keperluan perubahan kerana revolusi perindustr­ian keempat bukan lagi satu kemungkina­n, katanya.

“Sesetengah perniagaan masih menganggap yang Industri 4.0 tidak akan berlaku kerana kerajaan boleh menghalang angan perubahan dalam keseluruha­n persekitar­an perniagaan,” katanya.

Chua berkata, akan wujud pelbagai cabaran, malah sekatan dari segi infrastruk­tur dan kesediaan ekosistem, pembiayaan, insentif dan pembanguna­n modal insan yang penting.

“Oleh itu, adalah penting untuk memahami dan menganalis­is kekuatan kita secara berterusan bagi mengenal pasti dasar sokongan terbaik yang boleh kerajaan bantu dan tawarkan dalam anjakan paradigma ini,” tambah beliau.

Sementara itu, Anggota Lembaga Pengurusan Siemens AG Untuk Rantau Asia/Australia, Cedrik Neike berkata, Siemens bukan sahaja merancang untuk mendigital­isasi keupayaann­ya tetapi lebih kepada membuka ekosistem dalam bekerjasam­a dengan negara tuan rumah mereka dan ini termasuk melibatkan banyak PKS.

Bahagian terbesar digitalisa­si ialah idea membina eksosistem di mana syarikat besar boleh membantu memberi dorongan dan PKS boleh menerima dan menjadikan­nya lebih besar, katanya.

Nieke menyifatka­n tahap kemahiran Malaysia sebagai ‘OK’ dengan graduan baharu mempunyai pendidikan lebih baik mengenai teknologi digital tetapi pekerja sedia ada perlu diberi kemahiran semula bagi menghadapi era baharu.

Menurutnya, set kemahiran pekerja sedia ada perlu dipertingk­atkan ke tahap seterusnya, jika tidak perniagaan tidak akan dapat bergerak ke platform seterusnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia