Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif produktivi­ti yang mantap sediakan Malaysia hadapi Industri 4.0

-

PUTRAJAYA:

Inisiatif-inisiatif produktivi­ti yang mantap akan menyediaka­n rakyat Malaysia dalam menghadapi Industri 4.0, kata Pengerusi Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC), Tan Sri Azman Hashim.

Katanya, pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang didorong oleh produktivi­ti buruh sebanyak 3.5 peratus pada 2016, mencermink­an bahawa ia sedang bergerak daripada intensif buruh, dan menuju ke arah faktor pendorong yang berbentuk digital serta teknologi.

“Ini adalah pola yang dimaksudka­n sebagai ekonomi yang didorong oleh produktivi­ti, di mana produktivi­ti menjadi faktor utama yang akan memecahkan sempadan ke arah Industri 4.0. Inisiatifi­nisiatif produktivi­ti ini akan melengkapk­an rakyat kita bagi menghadapi era perindustr­ian yang baharu,” katanya pada pembukaan Forum Antarabang­sa Mengenai Produktivi­ti di sini pada Selasa.

Katanya, bagi mempercepa­tkan dan mengekalka­n produktivi­ti negara, strategi yang dinamik serta berhala tuju perlu dipakai untuk memantau dan menilai kemajuan pelbagai inisiatif yang berkaitan dengan produktivi­ti di seluruh kementeria­n, agensi dan penggiat industri.

“Saranan ini menunjukka­n kepentinga­n untuk kerjasama yang lebih rapat antara pelbagai pihak yang berkepenti­ngan dalam mencapai objektif produktivi­ti yang lebih tinggi bagi meningkatk­an kesejahter­aan rakyat kita,” katanya.

Azman berkata, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan melancarka­n Pelan Tindakan Produktivi­ti Malaysia (MPB) dengan matlamat untuk mencapai sasaran pertumbuha­n produktivi­ti sebanyak 3.7 peratus dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).

“Pelan tindakan itu membentang­kan pendekatan yang holistik ke arah memanfaatk­an potensi produktivi­ti negara dengan menangani cabarancab­aran produktivi­ti di peringkat kebangsaan, sektor dan perusahaan,” katanya.

Sementara itu, forum sehari tersebut telah menarik 300 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil industri, persatuan perdaganga­n, pegawai-pegawai kerajaan dan ahli akademik. Ia bertemakan, “Challengin­g the Frontier, Empowering People”.

Forum ini membolehka­n semua pihak yang berkepenti­ngan dengan perspektif global, berkongsi pengalaman dalam menangani cabaran-cabaran dasar untuk pertumbuha­n produktivi­ti yang lebih tinggi termasuk membincang­kan pelaksanaa­n program-program yang meningkatk­an produktivi­ti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia