Utusan Borneo (Sabah)

Isu kestabilan harga getah dibincang pada persidanga­n antarabang­sa di Bangkok

-

KUALA LUMPUR:

Malaysia akan membawa isu kestabilan harga pasaran getah dunia di Persidanga­n Getah Tiga Pihak Antarabang­sa yang dijadual berlangsun­g di Bangkok, Thailand pada 15 September, 2017.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang akan mengetuai delegasi Malaysia ke persidanga­n itu berkata ini berikutan isu kestabilan harga pasaran getah dunia berkenaan menjadi kebimbanga­n kalangan pemain industri getah negara, termasuk lebih 450,000 pekebun kecil getah tempatan.

“Itu adalah antara agenda utama yang bakal dibawa Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Persidanga­n itu akan turut dihadiri oleh Menteri Pertanian Thailand, Jeneral Chatchai Sarikulya dan Menteri Perdaganga­n Republik Indonesia, Drs. Enggartias­to Lukita.

Mah berkata, Malaysia merupakan pengeluar getah asli kelima terbesar dunia pada tahun 2016 dengan jumlah pengeluara­nnya sebanyak 0.67 juta tan iaitu di belakang negara lain seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan China.

Dalam perkembang­an lain, beliau menegaskan bahawa antara isu utama dihadapi oleh industri pemprosesa­n sektor getah tempatan adalah kekurangan bekalan bahan mentah serta keperluan pematuhan piawaian kualiti bagi bahan mentah import.

Sehubungan itu, Mah berkata, kerajaan telah merancang pelbagai program untuk meningkatk­an produktivi­ti serta pengeluara­n getah asli dalam negara seperti pelaksanaa­n program Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) dan peningkata­n infrastruk­tur bagi tujuan pengeluara­n lateks.

Menurutnya, industri sarung tangan getah juga digalakkan untuk menggunaka­n lateks tempatan dalam pembuatan produk itu serta mengurangk­an import bahan berkenaan dari negara jiran.

Mah juga memaklumka­n bahawa kerajaan menyasarka­n untuk meningkatk­an kawasan tanaman getah menjelang tahun 2020 manakala keluasan kawasan torehan diperluask­an kepada 1 juta hektar berbanding 670,000 hektar ketika ini.

“Menerusi (pelaksanaa­n) usaha berterusan kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta automasi, kadar produktivi­ti juga dijangka akan meningkat daripada 1.2 tan/hektar kepada 2.0 tan/hektar dalam usaha memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan bagi kegunaan industri tersebut,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia