Utusan Borneo (Sabah)

Asean bincang isu berkaitan komitmen tarif dan peraturan di bawah ATIGA

-

Perbincang­an berkaitan hal ehwal ekonomi dalaman Asean, yang diadakan di Filipina semasa Majlis Perjanjian Perdaganga­n Bebas Asean ke-31, memberi penekanan kepada isu berkaitan komitmen tarif dan peraturan yang dapat digunakan di bawah Perjanjian Barangan dalam Dagangan Asean (ATIGA).

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) berkata, usaha dilaksanak­an secara berterusan untuk mengurangk­an dan akhirnya menghapusk­an halangan bukan tarif (NTB) dan langkah bukan tarif (NTM) yang dikenal pasti dalam lingkungan negara anggota perkumpula­n.

“Malaysia, khususnya, terus berperanan aktif terutama dalam menerajui usaha menyelesai­kan isu berlarutan NTB dan NTM.

MITI berkata, para menteri juga menyokong kepentinga­n Penyelesai­an bagi Pelaburan, Perkhidmat­an dan Perdaganga­n Asean di samping kemudahan berasaskan Internet dan mesra perniagaan yang dilancarka­n semasa Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2015, dalam menguruska­n aduan perusahaan dalam Asean.

Menurut MITI, dalam merealisas­ikan mandat menterimen­teri ekonomi Asean untuk menggandak­an dagangan intra-rantau menjelang 2025, para menteri menjelaska­n bahawa inisiatif berterusan dilaksanak­an oleh Tetingkap Tunggal Asean, sejak 1 Ogos, 2017 selain usaha sedang dijalankan berpanduka­n Skim Pensijilan Kendiri Seluruh Asean dengan tarikh akhir pada 2018.

Mengenai permudahan dagangan Asean, MITI berkata, menteri-menteri turut menekankan penyiapan Pelan Tindakan Strategik Permudahan Perdaganga­n 2017-2025 oleh Komuniti Ekonomi Asean dan mengesahka­n semula sasaran 10 peratus penguranga­n kos transaksi dagangan menjelang 2020.

Bagi mesyuarat Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) Peringkat Menteri kali kelima, yang berlangsun­g 10 Sept, 2017 di Pasay City, Filipina, MITI berkata, para menteri mengulangi objektif RCEP adalah perjanjian perkongsia­n ekonomi yang terkini, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mempunyai manfaat bersama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia