Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Malaysia perlu teroka bandar raya peringkat kedua, ketiga China: Ong

-

NANNING, China: Syarikat Malaysia perlu mengkaji untuk meneroka bandar raya peringkat kedua dan ketiga di China, terutama dalam sektor alat ganti kereta, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Menurutnya, syarikat Malaysia boleh mengekspor­t alat ganti kereta ke China kerana pasaran sektor itu agak besar dan mencabar.

Pasaran kereta Malaysia jauh lebih kecil berbanding China di mana tahun lepas Malaysia mencatat jualan hanya 580,000 unit berbanding 28 juta unit oleh China, kata Ong.

“Kita melihat potensi besar di bandar raya peringkat kedua dan ketiga China seperti Nanning, Kunming, Chengdu, Zhuhai, Nanjing dan Tienjing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia dan Labuan sebagai ‘Bandaraya Mempesona’ di Ekspo China-Asean (CAEXPO) Ke-14 di sini, pada Isnin.

Malaysia menjangka perdaganga­n dua hala dengan China akan meningkat kepada AS$160 bilion (AS$1 = RM4.19) menjelang 2020.

Perdaganga­n antara Malaysia dan China pada separuh pertama 2017 meningkat 27.7 peratus kepada RM163.02 bilion, dengan kenaikan import produk petroleum, diikuti elektrik dan elektronik serta jentera, peralatan dan alat ganti.

Penyertaan Malaysia dalam CAEXPO tahun ini adalah antara strategi bagi mengukuhka­n perdaganga­n dua hala dengan China, kata menteri tersebut.

Menurutnya, pegawai kerajaan dari Guangxi dijangka melawat Malaysia pada Oktober bagi membincang­kan program pertukaran pelajar dalam usaha mengeratka­n lagi hubungan dengan negara berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia