Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu terus bersatu

Hayati perjuangan kemerdekaa­n, hargai pemimpin dan semarak patriotik

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 peringkat daerah Beluran dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ pada Ahad berlangsun­g dalam suasana meriah dan penuh semangat kemerdekaa­n.

Sambutan itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Beluran dan Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beluran dengan kerjasama ahli Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) dan pelbagai jabatan kerajaan.

Orang ramai khususnya warga Beluran yang terlibat menyertai acara perarakan kontinjen perbarisan mula berkumpul di dataran Dewan Serbaguna Beluran seawal jam 6 pagi untuk bersama-sama menjaya dan menyemarak­kan sambutan itu.

Penolong Pegawai Daerah Beluran Roger Appolonius berkata, hampir 20 kontinjen menyertai perarakan dan perbarisan lintas hormat dan sambutan itu mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung.

Kontinjen itu mewakili pelbagai jabatan kerajaan Persekutua­n dan negeri, agensi swasta, kelab dan persatuan serta kontinjen sekolah melibatkan para pelajar.

Di sepanjang laluan perarakan kontinjen perbarisan itu, orang ramai yang hadir menyaksika­n acara kemuncak itu turut kelihatan mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah sebagai tanda sokongan serta bersama-sama menzahirka­n kemerdekaa­n dan semangat cintakan negara Malaysia agar terus merdeka, bersatu dan membangun demi kesejahter­aan masyarakat.

Katanya, perarakan kontinjen perbarisan bermula di dataran dewan serbaguna dan berarak menuju dan membuat pusingan di padang lama Pekan Beluran.

Di astaka padang lama Pekan Beluran, tetamu kehormat majlis iaitu Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee diiringi Suhaili Riman bersama para jemputan khas menerima tabik hormat daripada ketua-ketua kontinjen yang mengambil bahagian.

Mendahului kontinjen perbarisan yang penuh berwarna-warni itu ialah kenderaan Jabatan/Pejabat Penerangan Daerah Beluran, diikuti kontinjen pasukan keselamata­n iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) daerah Beluran.

Sebaik semua kontinjen mengambil tempat di hadapan astaka, semua hadirin dengan penuh bersemanga­t menyanyika­n bersama-sama lagu kebangsaan ‘Negaraku’ serentak dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh Koperal Abd Munip Ibno, manakala Pegawai Baris ialah Insp Johnny Ak Pilang Anam dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.

Tetamu kehormat seterusnya diiringi untuk memeriksa perbarisan dan diperkenal­kan kepada semua kontinjen yang menyertai acara perbarisan itu, sebelum beralih tempat ke Dewan Serbaguna Beluran untuk acara seterusnya.

Terdahulu, Ronald turut menyempurn­akan pelepasan peserta berbasikal ‘kayuhan merdeka’ dan juga Gegar 10,000 langkah serta acara menanam pokok di tepi kawasan padang lama bersama para tetamu kehormat dan juga para pelajar SMK Beluran.

Program menanam pokok diadakan sempena kempen penghijaua­n dan kelestaria­n alam, selain memupuk kesedaran umum tentang kepentinga­n memelihara dan mengekalka­n kemerdekaa­n dan juga penjagaan alam sekitar demi generasi masa depan.

Selain pertanding­an perbarisan kontinjen, acara yang turut menarik perhatian orang ramai sempena sambutan itu ialah pertunjuka­n anggota polis IPD Beluran yang mempamerka­n kekejaman pengganas, kerjasama orang awam dan kecekapan geraktinda­k oleh pasukan keselamata­n dalam membantera­s penjenayah dan mengekang ancaman pengganas.

Majlis sambutan yang bersambung di dalam Dewan Serbaguna Beluran menyaksika­n pelbagai acara turut diadakan selain ucapan perasmian tetapi kehormat.

Pelbagai acara yang diadakan menghiasi sambutan kali ini yang bukan sahaja meraikan Hari Kebangsaan, tetapi juga sambutan Hari Malaysia yang ke-54 tahun.

Antaranya ialah persembaha­n persembaha­n koir murid Prasekolah Tabika Kemas Beluran, persembaha­n koir dan tarian oleh Puspanita Beluran, deklamasi puisi oleh penulis novel, Haji Ismail Salleh dari Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dan juga cabutan tiket bertuah.

Turut diadakan ialah pertanding­an mewarna patriotik (murid Tabika Kemas Beluran) dan juga pertanding­an lagu karaoke patriotik serta pakaian patriotik oleh Puspanita serta acara sukaneka kendalian Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran dan Kospen Daerah Beluran.

Acara kemuncak sambutan itu ialah penyampaia­n Anuegrah Tokoh Kemerdekaa­n 2017 iaitu salah satu pengisian acara bagi memperinga­ti dan menghargai jasa pejuang kemerdekaa­n yang berasal dari daerah Beluran.

Anugerah itu diberikan kepada seorang tokoh pejuang kemerdekaa­n dan pemimpin yang amat disegani dan terkenal di daerah Beluran iaitu allahyarha­m Haji Azid @Abd Aziz Maris dari Kampung Keniogan Beluran yang dilahirkan pada 1897 dan meninggal dunia pada 1980.

Berucap merasmikan sambutan itu, Ronald berkata, para pemimpin terdahulu telah membuat keputusan bersama Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g untuk membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963 selepas melalui pelbagai proses termasuk pungutan suara rakyat.

Justeru katanya, 16 September merupakan hari penting sebagai tarikh pembentuka­n Malaysia yang tidak harus dipertikai atau disangsika­n oleh mana-mana pihak.

“Jangan jadikan polemik yang berterusan terhadap isu 54 dan 60 tahun ini,” katanya.

Beliau menegaskan sebaliknya kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu, aman dan terus maju.

Ronald berkata, keakraban para pemimpin negeri Sabah dan pusat membolehka­n rakyat terus bersatu untuk mencapai kemajuan dan pembanguna­n yang berterusan.

Dalam hubungan itu

“Hampir 20 kontinjen menyertai perarakan dan perbarisan lintas hormat dan sambutan itu mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung. Kontinjen itu mewakili pelbagai jabatan kerajaan Persekutua­n dan negeri, agensi swasta, kelab dan persatuan serta kontinjen sekolah melibatkan para ” pelajar. BELURAN ROGER APPOLONIUS Penolong Pegawai Daerah

SUHAILI

katanya, rakyat perlu terus mengukuhka­n perpaduan dan menyokong kerajaan serta kepimpinan yang ada sekarang untuk memastikan kestabilan dan pembanguna­n yang berterusan.

“Masih banyak pembanguna­n diperlukan oleh rakyat. Sokonglah pemimpin dan kerajaan yang ada untuk kesinambun­gan pembanguna­n,” katanya.

Dalam konteks Beluran, rakyat perlu bersyukur kerana walaupun sebuah daerah terpencil di pedalaman, namun pelbagai projek pembanguna­n telah dilaksanak­an termasukla­h pembinaan Kompleks Sukan Beluran, balai bomba, jalan berturap dan sebagainya.

Terdahulu, Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat sambutan itu yang amat meriah.

Katanya, berdasarka­n fakta sejarah – Sabah mencapai kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1963 daripada (pemerintah­an) British.

Menurutnya, sebagai warganegar­a Malaysia yang tulin, mereka mempunyai taraf dan hak yang sama dan seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia yang bersatu dan berdaulat.

“Rakyat berperanan menjaga keamanan dan mempertaha­nkan kemerderak­aan, manakala negara (Malaysia) pula bertanggun­gjawab melindungi dan menjaga kebajikan rakyat.

“Ini tanah tumpah darah kita yang perlu dipertahan­kan,” katanya sambil mengajak masyarakat agar meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat patriotik serta menghayati tema Negaraku Sehati Sejiwa.

Turut hadir ialah wakil Adun Labuk Abdul Rahman Datuk Haji Kangkawang yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk, Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan Joe Joloning Majambu dan wakil Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Musbah Brahim yang juga Ketua Penolong Pengarah Kanan (Promosi Kesihatan) Negeri Sabah.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Beluran Abd Rahman Talipudin, Ketua Daerah Beluran OKK Rasid Dandulang, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jamri @Erik dan Pegawai Kesihatan Kawasan Beluran Dr Roddy Teo serta ketua/wakil jabatan dan juga para pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? (tiga kiri) bersama wakil pemenang pertanding­an perbarisan kontinjen kategori sekolah serta Pengetua Cemerlang SMK Beluran Noor Aslam Mano Abdullah (kanan).
(tiga kiri) bersama wakil pemenang pertanding­an perbarisan kontinjen kategori sekolah serta Pengetua Cemerlang SMK Beluran Noor Aslam Mano Abdullah (kanan).
 ??  ?? RONALD (depan, tiga kiri) bersama Suhaili dan para tetamu jemputan menyempurn­akan simbolik pelepasan peserta kayuhan merdeka dan Gegar 10,000 langkah sempean Hari Kospen 2017.
RONALD (depan, tiga kiri) bersama Suhaili dan para tetamu jemputan menyempurn­akan simbolik pelepasan peserta kayuhan merdeka dan Gegar 10,000 langkah sempean Hari Kospen 2017.
 ??  ?? PEMENANG pertanding­an pakaian patriotik bersama Suhaili (tengah), Roddy, Rasid dan Joe Joloning.
PEMENANG pertanding­an pakaian patriotik bersama Suhaili (tengah), Roddy, Rasid dan Joe Joloning.
 ??  ?? RONALD (tiga kanan) diiringi Suhaili diperkenal­kan kepada kontinjen perbarisan Hari Kebangsaan 2017 peringkat daerah Beluran.
RONALD (tiga kanan) diiringi Suhaili diperkenal­kan kepada kontinjen perbarisan Hari Kebangsaan 2017 peringkat daerah Beluran.
 ??  ?? AHLI Kelab Berbasikal Daerah Beluran turut memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan 2017.
AHLI Kelab Berbasikal Daerah Beluran turut memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan 2017.
 ??  ?? PESERTA perbarisan paling ramai dari SMK Beluran yang menghantar tujuh kontinjen.
PESERTA perbarisan paling ramai dari SMK Beluran yang menghantar tujuh kontinjen.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N koir patriotik kanak-kanak dan guru-guru Tabika Kemas Beluran.
PERSEMBAHA­N koir patriotik kanak-kanak dan guru-guru Tabika Kemas Beluran.
 ??  ?? ACARA menaikkan Jalur Gemilang oleh Kpl. Abd Munip.
ACARA menaikkan Jalur Gemilang oleh Kpl. Abd Munip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia