Utusan Borneo (Sabah)

Bollywood terus beri tumpuan kepada don mafia sebenar

-

SEBUAH filem mengenai kehidupan seorang ketua mafia yang kejam di Mumbai ditayangka­n di pawagam India minggu lalu selepas Bollywood meneruskan ketaksuban­nya sejak sekian lama dengan dunia jenayah di ibu kota kewangan itu.

‘Daddy’, sebuah biopik mengenai gengster yang menjadi ahli politik, Arun Gawli, muncul di layar pada Jumaat sebelum tayangan pada hujung bulan ini bagi sebuah filem tentang saudari kejam Dawood Ibrahim, lelaki paling dikehendak­i di India.

Penggambar­an untuk filem gengster ketiga, dibintangi dua superstar Bollywood, Deepika Padukone dan Irrfan Khan, akan bermula pada tahun depan.

Bagi pengarah ‘Daddy’, Ashim Ahluwalia, membuat filem mengenai seorang bekas ketua mafia yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang ahli majlis tempatan adalah sedikit menakutkan.

“Ia menakutkan, tetapi Gawli adalah seorang lelaki yang lebih tua sekarang, melepasi kemuncakny­a, dan kita telah membuat filem itu dengan izin keluargany­a. Saya tidak akan membuatnya jika sebaliknya,” katanya kepada AFP.

“Saya berpendapa­t dia rasa dia sudah menjalani hukumannya dan keluargany­a sudah cukup menderita. Kami perlu ada kepercayaa­n keluarga Gawli. Dan kami memberi jaminan kepada mereka bahawa kami tidak akan memberi gambaran yang salah.

“Bagaimanap­un ada watak lain dalam filem itu yang kami tidak minta izin dan kami telah menyamar sedikit beberapa orang daripada mereka, seperti beberapa ahli politik.

“Menerima ancaman adalah perkara yang tidak dapat dielakkan apabila mengusahak­an subjek seper-ti ini,” tambahnya.

Pelakon berusia 44 tahun Arjun Rampal membawa watak Gawli dalam ‘Daddy’.

- Orang paling penting Filem

itu, yang mendapat tajuknya dari nama timangan Gawli, melakar kehidupann­ya pada tahun 1980-an dan ‘90an dari pekerja kilang kepada gengster, kepada orang paling penting dalam geng yang berpangkal­an di Dagdi Chawl, Mumbai, kepada ahli politik negeri.

Gengnya terbabit dalam satu perang kejam dengan D-Company yang kejam pimpinan Ibrahim selama bertahun-tahun.

Gawli berdepan dengan banyak tuduhan jenayah tetapi tiada yang melekat sebelum dia didapati bersalah pada Ogos 2012 atas tuduhan terbabit dalam pembunuhan ahli politik tempatan dari parti Shiv Sena, Kamlakar Jamsandeka­r, empat tahun sebelum itu.

Lelaki berusia 62 tahun itu kini berada di penjara di Nagpur, tengah India.

“Kami berjumpa dengannya beberapa kali dan salah satu perkara yang saya perhatikan mengenainy­a ialah sifatnya yang tidak banyak bercakap. Dia agak sukar difahami,” kata Ahluwalia.

“Tetapi dia ada mencadangk­an pelelaran dalam skrip yang dibuat dalam rundingan dengan peguamnya kerana beberapa kes masih menunggu perbicaraa­n di mahkamah.”

Pembuat filem itu berkata mereka menjalanka­n usaha yang bersepadu untuk tidak mengagungk­an Gawli.

“Kami tidak cuba menggalakk­an gaya hidup ini atau dunia ini. Kami telah berusaha untuk membuat sebuah filem yang tulen dan menghiburk­an,” kata Rampal kepada AFP.

Ahluwalia berkata filem itu menceritak­an kisah Gawli dari beberapa sudut pandangan, termasuk dari isterinya, seorang anggota geng musuh, dan polis.

“Ini membolehka­n penonton untuk memilih versi yang mereka mahu terima,” jelasnya.

Filem itu meneruskan ketaksuban Bollywood sekian lama dengan dunia jenayah di Mumbai.

Pada tahun 1970-an superstar veteran Amitabh Bachchan mencipta nama dengan membawa beberapa watak pemuda marah yang terlibat dalam aktiviti jahat seperti ‘Deewar’ dan ‘Don’.

‘Satya’, ‘Company’, ‘DDay’ dan terkini ‘Raees’ lakonan Shah Rukh Khan dibuat di atas genre gengster.

- ‘Ratu Mumbai’ Pada

22 September, ‘Haseena’, yang diarah oleh Apoorva Lakhia dan mengenai kehidupan saudari Ibrahim, Haseena Parkar, akan ditayangka­n di India.

Aktres Shraddha Kapoor membawa watak utama yang menjadi terkenal sebagai ‘Ratu Mumbai’ kerana peranannya dalam mengendali­kan operasi Ibrahim selepas Ibrahim meninggalk­an India ekoran serangan bom di Bombay pada 1993.

Hubungan di antara Bollywood dan gengster amat mendalam pada tahun 80-an dan 90-an ketika industri filem bergantung kepada dunia jenayah untuk pembiayaan.

Sebelum dia meninggalk­an India, Ibrahim sering digambar bersama pelbagai bintang Bollywood di acara sosial, yang menggarisk­an kedekatan di antara pemerasan dan keganasan yang digambarka­n di atas layar dengan apa yang dijalankan dalam kehidupan sebenar.

Lakhia memberitah­u AFP, dia membuat ‘Haseena’ kerana dia mahu menerokai sebab orang menjadi penjenayah. Bagi Ahluwalia, tarikan filem gengster yang tahan lama adalah eskapisme yang ditawarkan­nya.

“Watak ini melakukan perkara yang orang kebiasaan tidak buat atau tidak dapat buat. Saya rasa anarki dan berada di luar lingkungan undang-undang adalah umpama keinginan yang dimakbulka­n bagi sebahagian penonton,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail yang diambil pada 4 Ogos 2017 ini menunjukka­n Arjun Rampal (kanan) dan aktres India Selatan Aishwarya Rajesh mengambil bahagian dalam satu acara promosi untuk drama jenayah politik ‘Daddy’ di Mumbai.
— Gambar AFP GAMBAR fail yang diambil pada 4 Ogos 2017 ini menunjukka­n Arjun Rampal (kanan) dan aktres India Selatan Aishwarya Rajesh mengambil bahagian dalam satu acara promosi untuk drama jenayah politik ‘Daddy’ di Mumbai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia