Utusan Borneo (Sabah)

Denda RM5,000 jika tidak lapor kes rogol, sumbang mahram

-

KUCHING: Perkara 19 Akta 792 (Akta KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017) menetapkan individu yang mempunyai maklumat mengenai kes rogol atau sumbang mahram tetapi tidak membuat laporan jika disabit kesalahan boleh didenda RM5,000.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata terdapat kes individu mempunyai maklumat kes seksual terhadap kanak-kanak enggan membuat laporan disebabkan beberapa faktor.

Menurutnya antara faktor pemilik maklumat enggan membuat laporan ialah takut dituduh ‘menjaga tepi kain orang lain’ dan ibu atau si isteri kepada pelaku dalam situasi sukar melapor perbuatan terkutuk suami kerana takut kehilangan sumber pendapatan utama dalam keluarga.

“Di bawah undang-undang baharu ini, Seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah, kegagalan memberi maklumat khasnya kes ini kita memfokus kepada sumbang mahram jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000.

“Sumbang mahram dalah perhubunga­n antara lelaki dan perempuan yang tidak dibenarkan oleh undangunda­ng, hukum adat dan kebiasaan, ia perbuatan yang salah…jadi kita tidak boleh terus berdiam diri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) di sini, Isnin.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Noriah Ahmad, Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samad dan Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS) Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah.

Fatimah berkata biarpun sukar untuk pemilik maklumat membuat laporan, keputusan perlu dibuat kerana jika dibiarkan, anak atau mangsa akan terus diperlakuk­an dengan tidak berperikem­anusiaan.

Beliau berkata kes rogol atau sumbang mahram perlu dilihat dengan serius dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bukan menyerahka­n sepenuhnya kepada agensi penguat kuasa iaitu polis.

“KedudukanS­arawakdala­m kes kesalahan seksual dalam kalangan negeri di Malaysia tidak penting, sebaliknya wajar dilihat dengan serius,” ujarnya.

Sementara itu perangkaan kes mangsa sumbang mahran dalam Indeks Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak mencatatka­n lapan kes sumbang mahram dilaporkan pada Januari hingga 11 September 2017 berbanding 13 pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia